Sunday, September 19, 2010

.susahnya menjadi intan

.

Salam Readers~

I dah sampai rumah sewa dekat Melaka ni. Dan esok, akan bermula lah kehidupan seorang student kembali. =.=" Ohh SANGAT SERONOK okeyh! T______T

I sampai Melaka dalam pukul 8 lebih sebab gerak dari rumah I sebelum maghrib. Muar-Melaka sejam jer. Then terus pergi rumah uncle I dekat Ayer Keroh. Lagipun, I simpan skuter I dekat rumah uncle I tuh.

Then lepas makan-makan, I gerak balik rumah sewa dulu. Dalam 20 minit lah jauhnya. I bawak skuter, Mama, Abah & Chacha naik kereta. Time bawak motor sorang-sorang tadi memang syok gila. Siapa pernah tengok I bawak motor mesti terpegun. Ok fine, tak ada siapa antara korang pernah nampak. =.=" Mesti korang cakap I tipu kan? Ah lantak! Grrr!

Tapi memang best lah bila bawak motor laju-laju. Gila melayang-layang. Rasa macam terbang tinggi tinggi! Eh macam nama blog budak tu je. Ah lantak. Gua merajuk sama dia. Ok sambung. Sumpah, gua tak tipu ok. Hari tu, time baru-baru break up, lagi nak meroyan bawak motor tu. Nasib baik gua bawak kawan. So, boleh fikir lagi lah pasal kawan. Eh..kalau cerita tentang benda ganas, mesti kena "gua lu gua lu". Baru nampak real! Har har har!

Eh korang. Korang pernah terfikir tak, kalau korang tengah depressed, tengah pressure, korang nak bawak motor laju-laju lepas tu accident pastu masuk hospital? Pernah tak? Pernah tak? I selalu fikir macam tu ok. I memang mintak pun. Gila kan I? Sebab I nak tengok, siapa yang akan ambil berat tentang diri I. Tapi I takkan buat pun. Cakap je lebih. HAHA.

I tahu, Tuhan masih sayangkan I. Masih pelihara I. :) I tak pernah lagi accident. Ok tipu. I pernah accident sekali time I dekat UiTM Shah Alam. Itu pun tak teruk. Cuma luka sikit dekat peha, tangan dan kaki. Huhu.

Tadi I sampai rumah sewa dulu. Sebab I merempit. Cilok sana, cilok sini. I bawak skuter ego jer. Sesuai lah dengan badan I yang kecik ni. Dulu I bawak VS tapi sejak I accident dekat Shah Alam dulu, mama terus tak kasik I bawak skuter VS tu lagi. Mama cakap, nanti I accident lagi. :"( Sekarang skuter VS tu adik I pakai bawak pergi sekolah.

Tadi sebelum sampai rumah uncle I tu, Abah cakap dekat I masa dalam kereta yang I dah kena bawak kereta sekarang. Jangan bawak motor lagi. Bahaya. I dah ada lesen, cuma kereta jer tak ada. Dekat rumah ada 4 kereta. Untuk Abah, Mama, Kakak and Adik lelaki I yang baru habis degree tu. I jer pakai motor. Abah kata, kalau ada duit lebih, nak belikan I kereta. I tak mintak kereta mahal-mahal. Suzuki Swift je pun ok. Hakhakhak!

Ok sambung cerita balik. Mama sampai rumah sewa I dalam 10 minit lepas I sampai. Lepas keluarkan barang dari kereta, salam-salam, cium cium dengan Mama, Abah and Chacha.

"Angah ada duit tak?"

"Ada lah sikit. Tak pe Mama, cukup"

"Nanti Mama bank in lah macam biasa"

"Ok! Heee.."

"Angah makan lahh.. Jangan lah tak makan"

"Ok Mama, Angah makan,
bukannya Angah tak makan"
*air mata bergenang
tapi cover line cemerlang*


"Tapi Mama tengok Angah makin kurus,
macam sakit tibi je"

"Eh, mana ada.
Kalau sakit tibi, mesti batuk-batuk kan?"
*gelak*

"Kalau ada apa-apa masalah, bagitau Mama.
Makan, jangan tak makan"

"Iyee..Angah makan.
Makan yang mahal-mahal lagi!
Mama kena bagi duit lebih lah"
*gelak*

"Belajar rajin-rajin.
Mama dengan Abah sayang Angah"

"Ok Mama"

I tau Mama I risau I macam ni. I tak cerita face to face dengan Mama pasal apa yang I rasa sekarang. Tapi I tau, Mama I tau. Semua mak tau keadaan anak dia. Cubit peha kiri, peha kanan rasa. Eh gua masih tak boleh terima peribahasa ni. Gua dah try cubit peha kiri gua, tetap peha kiri sakit. Peha kanan ok jer.. Tak caya try korang buat. Huuu~~

Ok sambung balik. Tapi I macam biasa lah, dekat rumah I pretending like nothing happened. I tahu Mama I baca blog I. "Hai Mama~ Welcome to my blog! Heee..." Mama I pun ada blog. Klik SINI untuk sekodeng.

Siapa tak risau dengan keadaan diri yang macam orang gila. Ok tipu lagi sekali. I tak lah macam orang gila. I masih waras. Cuma kadang-kadang I tak boleh kawal emosi. Weyh korang ingat I nak mintak simpati dari korang ke tulis ni semua? Tak lah weh. I memang suka tulis blog. I tak kisah, orang baca atau tak. Yang penting I puas. Blog ni ibarat nyawa I. Memang I banyak kali tulis entry, I nak berhenti blogging tapi I tak boleh. Sebab I rasa, blog ni je kawan paling rapat dengan I.

I tension bila seluar jeans I yang cuma size 25 tuh longgar. Siap kena pakai belt. Itu kira ok lagi. Ini siap tak nampak betis dan peha. Rasanya boleh masuk lagi satu kaki dalam seluar tu. T___T Baju pun sama, longgar sana sini. Damn ah. Serius, I bengang.. Berat I sekarang 36kg ok! 36kg untuk seorang perempuan yang berusia 24 tahun! Kawan I siap cakap, itu berat doang time darjah 6 =.=" Bila tengok diri sendiri depan cermin, "Eh, kenapa aku macam ni? Aku makan lah weh. Aku bukan tak makan tapi kenapa aku tak besar-besar?"

I memang sakit hati. I tension. Grrr! Esok I berniat nak puasa enam. Mama kata, pahala orang puasa enam ni macam orang yang puasa setahun. I tak tau I larat ke tak. Sebab I neh nafsu makan macam buaya. Tapi nanti makan tak habis. Ah sakit hati ah!

Tiba-tiba I rasa tak guna I berubah kerana orang lain dan bukan kerana tuhan. Teruk kan I? Baik I jadi diri I. Lantak orang nak cakap apa. Yang penting I happy. Kalau pakai tudung tapi sembahyang tak cukup, buat apa. Ye tak? :)

Rasa macam dah panjang gila I membebel. I nak rehat. Esok kelas pagi. Hai hai buku. Kita jadi kawan karib ye. I tak nak couple dengan you. Sebab ada orang kata, couple tu tak ada dalam hadis dan Al-Quran.

Selamat Malam!
Bai!

Pssst!
I tak kisah orang nak blame I nak kutuk I atau apa saja bila baca entry dekat blog dia. I tahu I tak sebaik dia. Terima kasih banyak-banyak untuk semuanya :) Hidup I memang tiada privasi. Orang lain cuma tau mengata sebab dia tak merasa sendiri pedihnya.

21 comments

aLya said...

waa...kite wish da same thing..
sy pon penah pk cm2.bwak moto laju2, accident n die akn dtang blik in my life..huhu
btw, take care sys..mkan bnyak2 yek lpas nie :-)

mia said...

sweet sgt...i trbayang cmne plak if my mum bc blog i..hahaha..

Ery Farieha said...

u memang dah kurus
tak makan plak
lg la kurus babe

take care taww!!

kata kila said...

sis, rilek ahhh kila ade ni ;)

εїз Cik Fasya εїз said...

sis..berat fasya pn da susut smp 39kg..gila kau!tu berat darjah 6 dolu2 gak..tensen!

Anna Boleyn said...

wake up c's..

Do u stil remember the quotes that I gave you in one of my post at TGNF??

life is to short to wake up bla bla bla..

stay strong c's..

we love you!!

Hizami Rahim said...

erk.
kurus tu.
;D

iQaChumel said...

sis...gua rasa lu makin rock la.haha.
ish ishk..sis..dgr tu.mama bg duit.mkn la byk2..malu la..iqa yg 20thn ni pun brt 38 .sis..??
sis..xpyh nak sdh..family masih ada..dkt dgn sis.kami pun ada.semua org ada dgn sis..sis kene bersyukur tau sebelum kami kami ni pergi.hee.
sis.tlg jgn benti blogging oke.
hem..ada gak baca blog mrH..
xpe la sis...lain jantina lain pendapat.chills ok..?

MOFASAD said...

rindu afiqah!

:(

Haura Malina said...

true.
org cuma tahu mengata sbb dorang x rasa apa yg kita tanggung.

kuat oke. :)

intanurulfateha said...

@aLya

ok
tq :)

intanurulfateha said...

@mia

hiii ;)

intanurulfateha said...

@Ery Farieha

tenks ery :")

intanurulfateha said...

@kata kila

ok, jum kapel ;")

intanurulfateha said...

@εїз Cik Fasya εїз

tau xpe ;"(

intanurulfateha said...

@Anna Boleyn

ilyt!

intanurulfateha said...

@Hizami Rahim

hmm~~

intanurulfateha said...

@iQaChumel

tenks syg~~

intanurulfateha said...

@MOFASAD

give her a call :)

intanurulfateha said...

@Haura Malina

tq :")

zuk zuhaiza said...

sis..be strong..i know u r super duper strong...

same la..sy kurus gak..makan byk mane pun takleh gemuk la..ish..

 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13