Monday, October 25, 2010

.makcik penyapu sampah

.

Salam Readers~

Tiba-tiba tergerak nak tulis entry pasal makcik-penyapu-sampah. Tadi masa duduk dalam dewan exam, I duduk tepi pintu. Pintu tu lutsinar. So, boleh nampak luar. Tengah fikir-fikir jawapan apa nak tulis, mata melilau ke luar. Nampak kelibat makcik-penyapu-sampah.

Makcik tu dah berusia. Beliau berdua dengan kawannya, juga seorang penyapu sampah. Nampak kawan dia bongkok, mengelap sesuatu di lantai. Mungkin ada kotoran. Dan makcik-penyapu-sampah pula sibuk menyapu sampah.

Tiba-tiba dalam hati ni rasa sayu. Kesian tengok makcik-penyapu-sampah menyapu sampah itu. Memang beliau mencari rezeki yang halal, tapi dengan umur yang telah lanjut, sepatutnya makcik-penyapu-sampah tengah duduk rumah, tengok tv dan rehat.

Makcik-penyapu-sampah perasan I sedang memerhatikan beliau. Bila beliau pandang muka I jer, I senyum. Dan makcik-penyapu-sampah tu senyum kembali kepada I. Lepas tu, cepat-cepat I habiskan menulis jawapan pada kertas.

Zaman sekolah.
Dulu masa sekolah, I pun mempunyai perasaan yang sama apabila melihat makcik-penyapu-sampah. Rasa sedih. Macam nak tolong jer beliau menyapu sampah. Pernah sekali tu, tengah makcik-penyapu-sampah tu menyapu sampah di kaki lima sebelah kelas I, ada seorang budak perempuan buang sampah melalui tingkap. Kesian makcik-penyapu-sampah itu terpaksa menyapu. Yang paling sedih sekali, budak perempuan tu adalah anak makcik tu sendiri. Hmmm~~ :"(

Zaman Diploma.
Dulu masa diploma, I ambil course Land Survey. So, I banyak field work. Ada satu hari tu, I ada field work dekat kawasan perumahan Section 2, Shah Alam. Pagi-pagi lagi tercongok dekat tepi jalan. Then, Majlis Bandaraya Shah Alam punya lori sampah lalu. Nak kutip segala bagai sampah dekat kawasan perumahan tu. Bila lori lalu dekat kawasan site survey I, I cepat-cepat tutup hidung, tahan nafas. Normal lah kan lori sampah bau busuk.

Tapi salah seorang pengangkut sampah tu perasan I tutup hidung. Then, I syak beliau kecik hati. Beliau cakap dengan I, "Jangan lah sombong sangat". I terus tersentap. Start dari hari tu, I takkan tutup hidung sebab I tau, mesti pengangkut sampah tu kecik hati. Walaupun busuk, I akan tahan nafas.

Sebab kalau kita fikir, siapa lagi nak angkat sampah, nak sapu sampah dekat kawasan awam? Korang nak ker? Mesti korang malu kan? Walaupun kerja itu HALAL, tapi mesti ada yang malu. I pun tergolong dalam golongan yang macam tu.. I bukannya manusia yang berhati kental. Mereka tu orang-orang yang terpilih. Mesti mereka banyak dapat pahala kan? :")

So kesimpulannya, jangan lah pandang rendah pada orang-orang yang kerja macam tu. Mereka pun manusia, ada hati, ada perasaan. Kalau nampak mereka, senyum lah. Senyum tu kan sedekah. Tak luak pun, malah korang akan dapat pahala tauuu! Heeee~~

Bai!

25 comments

Tetikus said...

Betul2...
dlu mse saya blaja kat pantai timur..
kebanyakkan pekerja2 kat hostel tempat saya belaja tuh makcik2 dah tua...
saya selalu ajak dia org minum ptg bersama...
sian tgk dia org dah tua2 kena keje sbb nk cari rezeki...

nurayunni said...

btl tue..
rezeki yang halal xsalh...

Esah Anang said...

ok...baik sungguh hati anak mama...x sangka disebalik wajah yang nmpak ego ada juga perasaan halus n pulus eheheh!

noor afzan said...

abang saya bawa lori sampah.
proud sebab kerja dia mulia =)

Aizuddin Hanis said...

kecian makcik penyapu sampah yang menyapu sampah...

@juera said...

yg pting diorg bt keje halal =D

/Dayah//Nurul/ said...

3r.
respect each other :)

Nurul chumel said...

bertaubat nasuha.. T__T

eykameow said...

eyka pun akan turut bersimpati kat orang2 macam ni....tanpa kenal usia kan dia mencari rezeki.... :')
btw, ayat mama sis sumpah buat eyka ketawa.. hihi *kat komen ni

intanurulfateha said...

@Tetikus

bagus! :")

intanurulfateha said...

@nurayunni

yerr :)

intanurulfateha said...

@Esah Anang


keh keh keh
mama, nak duet!

intanurulfateha said...

@noor afzan

betul kak! :)

intanurulfateha said...

@Aizuddin Hanis

btul~
tp dah kerja die
nk wt cmne

intanurulfateha said...

@juera

betul~~

intanurulfateha said...

@/Dayah//Nurul/

yess!

intanurulfateha said...

@Nurul chumel

insaf ler tu ;p

intanurulfateha said...

@eykameow

hahah siut gelakkan sis ;p

bungakuning . said...

betul tuh , kalau kita tutup hidung mesti diorang kecik hati .

i memang tak pernah tutup hidung walau busuk masa pun . sbb i letak diri i kat tempat dia .

Are-Gya said...

sokong..dorang berjiwa kental

intanurulfateha said...

@bungakuning .

btul~~

intanurulfateha said...

@Are-Gya

YUPPPP

Anna Boleyn said...

huhu sedihnya baca cerita yang part anak sendiri buang sampah tu.

intanurulfateha said...

@Anna Boleyn

hmm itu lahh :"(

Sata Saalimun @1974 said...

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=625723&extra=page%3D1

nukilan yg baik!

www.saatcham.com

 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13