Tuesday, November 16, 2010

.berhari raya tanpa si dia

.

Salam.

Ini entry sedih. Yer, entry sedih lagi. Sila sediakan tisu untuk lap airmata dan mucus yang akan keluar sebentar lagik. Tahun ni raya haji di sambut biasa-biasa jer. Tak ada apa-apa yang istimewa.

Gambar raya puasa tahun ni.

Persiapan
Raya puasa tak sama dengan raya haji. Raya haji biasanya kiteorang satu family sambut biasa-biasa jer. Baju raya memang tak buat. Kuih raya memang tak beli langsung. Tapi pagi raya, kepupat, rendang, lodeh tuh semua memang ada.

I, Abah, Mama & Along.

Abah
Abah I polis. So, pagi raya lepas solat raya mesti beliau akan terus ke Balai. Biasa lah, time raya lagik banyak kes kena settle. Kes accident lah, mercun lah, curik la. Macam-macam hal. Abah I kan Pegawai penyiasat. So busy lah sikit. Time raya puasa hari tu, mata abah kena sengat tabuan. Tak pasal-pasal kena pakai spek hitam time ambil gambar. He he.

Mama pun sama. Kadang-kadang, time raya, kena standby jugak. Sebab mama nurse. Kalau ada accident ker, apa ker, mama jugak yang kena pergi tengok. Time raya, mama lah yang paling sibuk sebab semua benda mama buat. I pun tolong jugak tapi tolong tengok jer lah. Hehe.

Angah & Along.
Muka kami tak sama kan?
Angah lagik comey kan kan hehe

Along
Ni kakak I yang sulung. Tak pernah-pernah along tak balik raya. Tapi tahun ni along tak balik sebab dia cakap, cuti cuma sehari. Along kerja sebagai Pegawai Penyelidik dekat Institut Perikanan Batu Maung, Penang. Kalau nak balik sehari, penat. So dia cakap, nextweek dia balik lama sikit sebab kazen I kawen.

Angah
Heh, I lah tu. Tahun ni, raya macam biasa. Tak dapat pergi solat hari raya sebab I tak boleh solat. Time raya puasa hari tu pun sama. Siut jer.. Zzzz.. Rutin tahunan I time raya adalah iron baju raya untuk SEMUA orang dalam rumah. Ikhlas ke, tak ikhlas ke, memang itu jer kerja I tiap-tiap tahun. Nak tak nak kena buat jugak. Upah? Kalau mintak dapat ler. Hehe..

Yeop & Adik
Budak duaorang ni paling sibuk. Sebab abah mesti akan mengarahkan budak neh untuk kemas apa yang patut. Bila big boss dah membebel, redha jer lah. Hakhakhak.

Chacha
Chacha kan puteri raja. Memang tak boleh bantah apa yang dia cakap. Sabar je lah nyah. Tapi pagi raya dia lah paling kecoh. Seletip mulut satgi baru tau. :P

Nenek
Nenek dah semakin uzur. Sayu jer. Bila suap nenek makan, nenek diam jer. Nenek boleh cakap lagi, cuma terlalu lemah. Tahun ni, masuk tahun ke 4 nenek terbaring di katil kalau tak silap I. Kami sekeluarga yang jaga nenek. Setiap tahun, saudara mara yang datang rumah kami. Kami memang beraya di rumah jer. Tak kemana-mana. Tunggu orang datang jer.

Gambar hiasan.
Tetiba TER-upload gambar ni.
=.="

Si Dia
"Sayang, I tak balik raya tahun ni. I mintak maaf banyak-banyak dari hujung rambut sampai hujung kaki. Selamat Hari Raya Aidiladha. Tahun depan, kita raya sama-sama yer. Tahun depan, giliran rumah I kan kan kan? :P "

*Pang muka sendiri sebab kuat berangan!*
=.="
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Eh, sedih ke entry ni? Sedih lah jugak kot. Sayu jer dengar takbir raya dekat masjid. Dah lah rumah I depan masjid. Along tak balik raya, nenek pulak makin uzur.. Boyfriend pulak jauh. Err ok fine. I terlupa yang i tak ada boyfriend dah. T__T Raya tahun ni macam tak best jer. Sunyi jer. Hm...I teringin nak beraya di Mekah. Pergi menunaikan ibadah haji. Ntah bila lah agaknye ekk.. :'(

Tahniah kepada Mak & Abah adik kesayangan I, Eykameow sebab dapat menjejakkan kaki ke Bumi Allah SWT. Doakan mereka selamat menunaikan ibadah haji dan selamat pulang ke Malaysia. Dan juga kepada rakyat Malaysia yang lain. Aminn~ Selamat Hari Raya Korban. Korban lah apa yang patut. Tapi jangan anda yang terkorban dah lah. Pada yang nak balik kampung, berhati-hati di jalan raya ^^,

Labbaikalla humma labbaik...
Labbaika la sharika laka labbaik...
Innal hamda...
Wan ne'emata...
Laka walmulk..
La sharika lak...

Salam Aidiladha~
Maaf Zahir dan Batin

Al-fatihah kepada yang telah pergi
Semoga roh mereka berada di kalangan orang yang beriman

28 comments

dak eina said...

sayu bace part nenek sis...teringat nenek kat subang....nenek eina pon sme...terbaring je..alhamdulillah..tiap kali pegi jmpe dia..dia ingat lg eina...siap xnk lepas tgn eina...sedih :'(

Yann Mazian said...

salam aidiladha intan... :)
tamo sedih2 ye. :)

mR.sYaH said...

selmat hari raya kak intan...

Anak Gemilang said...

sis.. u look very beautiful n elegant in pink.. :) ora suka tgk.. hehe..

salam ziarah kak.. salam aidiladha.. :)

Heidi Shafiq said...

selamat ari raye korban.. :D

..hizamirahim.. said...

selamat hari raya.
XD
jgn sedih2 ye.

princeduyong said...

slamat beraye jugak....yang penting happy...

liyana aziz said...

sangat sebak, tadi baca eyka punya pun sebak, bila fikir diri sendiri pun sebak.. x de mood nak raya, macam2 hal jadi..
betul, rasa macam nak pergi je mekah.. tapi entah bila.. sis jangan sedih2 ok..

intanurulfateha said...

@dak eina

tu la
sayu je :'(

intanurulfateha said...

@Yann Mazian

slmt hari raya :)

intanurulfateha said...

@mR.sYaH

slmt hari raya syah ^^,

intanurulfateha said...

@Anak Gemilang

tenks ora
slamat hari raya ^^,

intanurulfateha said...

@Heidi Shafiq

oit
jgn nanges lak esok :P

intanurulfateha said...

@..hizamirahim..
x lahh
slmat hari raya zami ^^,

intanurulfateha said...

@princeduyong

try to b hepi :)
slmt hari raya

intanurulfateha said...

@liyana aziz

yana pun same tauu
slmt hari raya :)

ahmad jo said...

selamat hari raya haji, korban dan aidiladha.. jgn sedih2 k.. tp part nenek tu mmg sedih,, sob sobs..

♥CIK SHA♥ said...

teringat kat arwah nenek sis..dah 8 bulan die 'pergi'..teringat masa jaga die sakit terlantar kat rumah dan masa die masuk spital dulu..huuu..

salam aidiladha intan..^_^

Puteri Iqa Izyan said...

hari raya tak boleh sedih2 la sis :))

selamat hari raya aidiladha :D

F.A. Azmi said...

Kak Intan !
Selamat Hari Raya ! HAJI ! =.="

Huu ~ Tahun ni Fifiey tak balik kampung so tak meriah sangatlah semua benda . And abang-abang dan kakak-kakak pun semua beraya rumah mertua mereka DDDDx

Ada Fifiey dan seorang abang (dan isteri dia) je . Kakak seorang lagi balik kampung . T_____________T

So sunyilah sikit dan sekarang ni , seorang diri je kat rumah -.-"

Hmm . Kak Intan jangan sedih-sedih ! LA TAHZAN :)

Insha Allah * sila dengar lagu ni ehehehe * , nanti Kak Intan mesti dapat yang terbaik .


Firman Allah :
"...perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik . "
- Surah An-Nur ayat 26

The future is not ours to see , tapi Allah takkan mengubah nasib seseorang hambaNya kalau dia sendiri tak berusaha untuk ubah nasibnya sendiri .

CHAIYOK Kak Intan !
Selamat Hari Raya Haji sekali lagi >.<

* dah lama jadi silent reader , sebab post Kak Intan semua best best dan panjang hee hee *

shahirahkhairudin said...

selamat hari raya Aidilahda intan.. have a blessed raya pastu namo sedey-sedey okez..

intanurulfateha said...

@ahmad jo

slmt hari raya ahmad jo ^^

intanurulfateha said...

@♥CIK SHA♥

doakan smoga arwah nenek sis tenang di sana
aminn

slam aidiladha :')

intanurulfateha said...

@Puteri Iqa Izyan

slmt hari rya iqa :')

intanurulfateha said...

@F.A. Azmi

fifiey, tenks. *speechless*
i'm touched ;'(

slmt hari raya jugak! :)

intanurulfateha said...

@shahirahkhairudin

u too
slmt hari raya shahirah :')

Lovely Emy said...

salam aidiladha intan, minta maaf zahir batin =) be strongggg..

intanurulfateha said...

@Lovely Emy

salam aidiladha amy :')

 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13