Tuesday, November 9, 2010

.memang aku sangat marah ok

.

Salam.

Aku sangat marah ok. Sangat marah. Korang nampak kan aku marah? Nampak kan? Grrr. Aku memang tengah sangat emo dan marah dan hangin dan rasa nak kasi penampar dekat mangkuk hayun tengkorak ayam yang buat aku marah.

Ok, korang semua mesti cakap aku emo sebab aku period. Tak ok. Tak. Aku dah period hari tu. Aku bengang. Aku marah. Memang aku geram. Kau tak tau, jadi jangan nak pandai-pandai buat kesimpulan atas diri aku.

Aku ada hati. Aku ada perasaan. Aku ada limpa. Aku ada jantung, buah pinggang, paru-paru dan segala bagai lagi organ dalam tubuh badan. Jadi, aku adalah seorang manusia. Aku bukan kayu. Aku bukan besi. Dan aku bukan plastik.

Ada masa aku menangis. Itu fitrah aku. Hati aku lembik. Hati aku lemah. Hati aku rapuh. Aku cuba staple guna stapler tapi sakit. Aku cuba seletip, tapi seletip tak nak lekat dalam hati. Mungkin sebab hati aku basah. Aku cuba simen, tapi simen lambat nak kering. Lagipun simen tu kalau kering, dia berat dan keras. Sakit. Aku tak nak hati aku sakit. Sebab tu aku biarkan. Jadi, tolong jaga hati aku dengan baik.

Ada masa aku ketawa. Aku ketawa cuma 2 saat. Kadang-kadang lebih sikit. Bila aku ketawa, bila aku gembira, kau tanya, aku dah lupakan dia ke? Sekejap jer aku boleh lupakan dia. Macamana aku boleh lupa? Tak. Kau salah. Aku bukan jenis macam tu. Aku bukan jenis pelupa. Aku susah nak lupa. Mungkin sebab aku selalu check dalam air atau makanan aku, ada semut atau tidak.

Aku cuba untuk sorokkan kesedihan aku. Aku suka menulis. Aku suka merepek. Bila aku gembira, aku tulis. Bila aku sedih, aku tulis. Tapi dalam keadaan emosi aku tidak stabil, aku takut, terlalu banyak entry berbaur sedih dalam blog aku. Jadi, aku create tumblr. Tak ramai yang tahu. Bagus. Itu yang aku nak. Dan kau tak perlu nak ketawakan aku bila baca setiap entry sedih aku lagi. Kalau kau tak suka blog aku, kenapa kau buka? Kenapa kau baca? Sila pergi jauh-jauh. Jangan ambil tahu hal aku.

Sekarang ni masa aku tengah susah. Dan masa kau senang. Kau cakap memang senang. Orang tak suka, pergi. Jangan berharap lagi. Ye, aku tau. Aku cuba walaupun selalu gagal. Ini diri aku. Aku yang tentukan. Bukan kau atau mereka yang tentukan. Aku masih mencuba. Doakan aku berjaya, bukan terus buat aku lemah. Bukan terus buat aku jatuh. Bukan terus buat aku sedih dengan cacian dan hinaan kau.

Sekarang masa kau tengah senang. Cuba satu hari nanti, tuhan ambil kebahagiaan kau. Tuhan tarik kesenangan kau. Aku nak tengok masa tu kau macamana. Kau kuat ke tak? Atau kau pun lemah macam aku. Atau kau LEBIH LEMAH dari aku. Tuhan itu maha adil sayang.

Hidup ni macam tayar. Hidup ini macam roda. Roda dengan tayar sama kan? Kadang-kadang ok, kadang-kadang pancit. Kita kena selalu ada pam. Kau ada pam tak? Aku nak pinjam.

Kau tak suka aku?
Itu hak kau.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku sedih.
Ye, sangat sedih.

Kau tak tau, kau tak rasa. Hidup kita tak sama. Perjalanan hidup kita berbeza. Aku tak mintak apa-apa. Aku tak mintak kau kesian kan aku. Tak ada apa yang perlu di kesiankan. Cuma,

TOLONG HORMATI AKU.
Tak perlu perli-perli-perli aku.

Aku tak pernah kacau kau.
Aku tak pernah sakitkan kau.

Kenapa perlu kau sakitkan hati aku?
Kenapa perlu kau kacau emosi aku?

Aku memang tengah marah
Nampak asap keluar dari telinga aku?

Ok fine,
aku pun tak nampak.
Dan....



AKU TAK NANGIS.
Mata aku berair sebab aku sakit mata.

"Sadness, please go away!"

Cuba letakkan diri kau dekat tempat aku sekarang.
Tak lama pun, 5 minit cukup lah.

Apa kau rasa?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ok.
Aku rasa mengantuk.
Aku rasa nak ambil wudhuk.
Aku nak solat maghrib.
Kasi hati aku tenang sikit.

Bai!

24 comments

enyheartsdiamond said...

haa! ambik kau!!!

i feel u sis intan.. kadang2 memang ada orang konon2 nak bagi nasihat.. tapi, pendekatannya tak kena.. buat kita lagi down adalah..

kita tak perlukan ayat-ayat macam tu kan?

kita cuma perlukan semangat dan sokongan kan?

hanya orang yang dalam bot yang sama yang memahami..

yang lain-lain, jgn pandai cakap-cakap kan?

NuSaNa NoSa 91 said...

keen terasa.. kak intan mrh keen ke?? sorry~ T___T

.::WaNiE::. said...

napa ni intann

Lovely Emy said...

sbb dorg xrasa apa yg intan rasa. kita pnh rasa, kita faham, just go with the floe dear :B

♥yaya♥ said...

kuat~~!

AuTumN LeaVes said...

wahhh sist. sabar k.

Fyka said...

Makkk aii sis...
mmg btol2 sis luah ni...

Jey Yusuff said...

dendam itu bara.. marah itu api. api itu syaitan

iQaChumel said...

macam nak gelak pun ada.
ayat kelaka dalam sedih.hee.
dah la sis.iqa faham.
hidup ni macam zakar la.ingat tu.
sis.hari ni hari dia,esok kita tak tahu.sabar je yang boleh buat kita tenang.1 hari nanti,kalau betul itu bukan untuk sis,insyaallah sis akan lupakan dia.walaupun minuman sis xde semut.
jgn menanges lagi sis comel :)

dak eina said...

eina paham situasi sis skang...pape pon, kuatkan diri sis ok..eina tau sis sorang yg kuat..tak pyh amek peduli org yg xsuka sis tuh..ok?

syaza kelyza said...

sis , jangan layan orang gile tu ,
kuatkan semangat k ? :)

zuk zuhaiza said...

be strong sis!!

orang tak rasa memang tak tahu..

pedulikan kata orang..

dia kisah apa kita nak sayang siapa..

kita tak boleh nak lupakan siapa..

bukan kita pinjam hati dia pun kan..

grr..haish..teremo pulak..heeh

/Dayah//Nurul/ said...

sabar intan. istighfar bnyak kalao marah sedih. ko kena kuatkan diri ngn tabah dgn apa yg berlaku, minta maaf mungkin dayah bnyk cerita :) hope yu ok

F.A.T said...

serious, awak dah pun lahirkan perasaan saya yang sebenar dlm entry awak walaupun entry ni utk diri awak...

itu lah yang saya alami, cuma emo sy lagi teruk..

be strong, friend...

lets time heal your broken heart..

Mardhiah Mohd Fuad said...

watever it is,,sabar ye tan....pape,ko ngarut je kat blog n aku akn baca...k,mwahahaha...snyum sket..gud ;)

Encik Tikus said...

pernah kena marah dgn intan, Y,Y

HafizRahman.com said...

my dear...apasal nie???ada masalh story mory la dekat i...

Heidi Shafiq said...

tu la rugi u xde telinga tajam macam i.. kalau tak boleh ping mood hepi i ni slalu.. boleh BB Talk gune telinga.. tau x cmner?

bulatkan mate..

pastu jerit kuat2..

bip! bip! bip!

haa.. macam tu la.. hepi kan?


:D

chenta aziearem said...

syg.. bia org buat kt kite.. jgn kite buat kte orang.. tp.. ade jgk akn ckp.. smpai bile..? smpai bile nk diri dipijak..? kn..? ye.. memang betol.. tapi igt kite bkn sape2 untuk menghukum orang.. so.. let it be.. yg penting kite thu spe kite.. n thp mne kite bepijak utk teroskn life ni.. igt.. yg baek ade gnjarannye.. bile sebaleknye ade balsannye.. dun wury dear.. azie pecaye sme kamoo.. :)))


=P

bungakuning . said...

sabar lah . tu semua adalah dugaan hidup .

.s.o.f.i.a. said...

was it me........???? hope not!!!

yang, be strong. ignore what people say, just try ur best to move on. never do anything yang bley buat dia (H) gelakkan u or make fool of u. ingat, kita ada pride...... maybe the pride yang si pengomen tu nak u jaga......

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

be strong beb!!

✿ CikCimi said...

intan...
nape nih??

aLya said...

betol k.intan cakap.
org x rase pe yg kite rase.
org taw cakap jek.
die nie 2 la, nie la.
hakikatnye, kite yg rase..
sabar ea sys. alya rase pe yg k.intan rase sbb kite lalui bnd yg same :"(

 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13