Saturday, December 4, 2010

.Abang K vs Mr H

.

Salam

Siapa H? Jeng jeng jeng. Korang pun tau kan? Satu satunya manusia yang tiada ikatan persaudaraan dengan I tapi mampu membuat I menangis tanpa henti. Hoho. Dahsyat kan? Sebab dia best, dia baik dan dia segala-galanya. Sebab tu I berat gila nak lepaskan dia. Kalau dia jahat, dah lama I blah. Tak payah tunggu dia dumb I. :')

Semalam ada seorang blogger komen entry I,

Kalaulah H contact Intan balik,
camne Intan nak handle situasi berikut. :D

Cis. Soalan tak boleh blah. Konon-konon sekarang kan I dengan Abang K kan.. Sebab tu dia tanya macam tu. Padahal I dengan Abang K tak de apa-apa kot. Dia cuma seorang kawan yang baik dengan I. Siapa-siapa yang baik dengan I, I akan baik lah dengan dia. Kan? Cuma bonus untuk dia, dia comel dan handsome dan kacak dan bergaya. Cewah. :P Sebab tu I suka tulis pasal dia dan dia satu satunya kawan I yang kerja kapal dan rapat dengan I. Dulu ada seorang kerja navy tapi dah lost contact. Time tu pun, I tak de blog lagik. Huhu.

Ok, berbalik kepada soalan. Korang tau kan macamana meroyannya I lepas kes dengan H dulu. Sadis ok percintaan kami. Sob sob sob~ I tau, ramai yang tau I still tunggu dia. Dengar lagu dekat blog pun boleh tau kan? Ehem ehem, H, anda boleh senyum sekarang :P I tak nafikan, I masih sayang dia. Takkan lah boleh lupa dalam sekelip mata kan? Orang tetap nampak I sedih walaupun I happy. Hebat kan orang orang tu! Heee~~ Sebenarnya I yang hampeh, tak reti nak cover =.=

Ramai nasihat I, move on, move on, move on.. Script yang sama jer.. I try to move tapi ambil masa lah. Korang ingat, I cerita pasal Abang K, I tak teringat pasal H ker? Ada juga try contact dia tapi dia tak macam dulu lah. Rasa macam sangat terhegeh hegeh pula lagi lagi bila dia tak reply sms I. Sedih ok. Dah, diam. Kang banjir pulak dekat sini. :'(

So, bila I try nak berkawan dengan orang lain, korang tak payah lah babitkan tentang H lagi. Sebab kalau I dengan H masih ada jodoh, dia akan balik pada I. Kan? Kalau dia balik pada I, I sanggup jer terima dia. :')

Abang K pesan dekat I semalam, jangan sedih sedih bila dia pergi travel. Dulu time I dengan H, I suka jumpa, suka call/sms selalu. Agak agak kalau I dengan Abang K pulak macamana? Hihi. Boleh ker I tahan? Boleh kot. Baru lah I dapat belajar berdikari. Tak de lah mengharap dengan orang jer. Tapi dia pernah cakap, nanti kalau dia nak kahwin, dia taknak belayar lagi. Hoho. Ohh tiba-tiba tak sabar nak pergi jepun bersama-sama. Kikikiki :P

So I nak tanya korang, kalau korang jadi I, apa korang akan buat in case H datang semula. Tapi time tu korang dah ada orang lain. Tak kira lah, Abang K ker, Abang G ker, Abang Z ker. Hah, macamana? Jawap jawap! :P

Comelnya janggut dia kan kan?
I tak tau lah kenapa I suka laki berjanggut!
He he he :P

Ok, bai korang~~~

21 comments

♥ ♥ ♥ ctiey ♥ ♥ ♥ said...

sy doakan yg terbaik utk akak!
jgn sedih2!
kalo sedih2..nnt akak tak kiut dah!
hehe

n_n

suffer8zine said...

hehe comel janggut? hehe

Terkini : Ini Fakta Bukan Auta

The Nurul said...

kalau i, i akan terima orang yang sayang i. lebih baik kita terima orang yang sayang kita dari kita yang terhegeh2 sayang orang. sebab mungkin orang yang kita sayang tu akan buat balik perangai lama.

pendapat i lah.

inipaencomot said...

kalo i, i stay dgn lelaki yg betul betul hargai i
bukan nya bila sunyi bru hegeh hegeh cari i balik
bluwekss
*eh i lak emo..ekekeh*

::m!SS edURA hanUM:: said...

intan....kalau dia balik semua pada awak selepas awak dah de pengganti yang lain...jgn toleh ke belakang.hargai orang yg bersama dengan awak ketika awak berada dlm kesusahan dan kesedihan.bukan apa..takut nanti lepas awak balik semula pada dia..and dia tinggalkan awak semula camne.kekadang kita kena kejam.jgn terlalu berlembut

Wana De'Amor said...

kalau saya..saya amik abg K...org yg menghargai sy di saat sy sgt2 sedih...H adalah history dear... K is Ke hadapan...hakhakhak..pandai x ai? be strong..go go!! abg K!!abg K!!

nina suhaina said...

kalo sy kat tmpt sis saya still ngan cinta skrg la walau cinta lalu tu datang mengacau. huahua..

misz FaTiN said...

klu fatin dlm delima mcm 2,, fatin ikut gerak ati..
fatin yakin,, ati x menipu..^_^

yaya said...

HAHA. Cerita sedih lah sis. tapi bila tgk sidebar kat sebalah dah ada list entry abg k, tetiba gelak. Senyum selalu sis.

SyahmiFikri said...

dari pandangan sy as laki here..
mmg susah nak lupakan some1 kan.. tp ingat perkara sama akan berulang kalu besama ngan die.. tak kesah la kalu still nak mengharap.. even i pon sama jer macam kak intan actually.. tp da way i did is delete all the contacts eventhough its hard to delete the memories.. life must go on.. chill la.. kalu camnie susah la org baru nak hinggap kat hati..

Yayaa said...

naseb baek yaya perempuan. and tak berjanggut. =.="

adakah sis jugak suka kat SANTA CLAUS?? dah nak krismas nih !!

Epa Zarifa said...

babe! i pon suke laki ad janggut skit2..oh dem! boleh pengsan..sbb nampak chumel, pastu mst i usik2 janggur tuh..hahaha

syafiQakarim said...

hahah ala..kalau da jodoh sis
dengan H, h la..
Kalau dengan K, K la.
kacak bergaya dia. =D
kwn je dgn semua.lalala

Naddy said...

kalau i jadi u...i takkn ade ape2 ngn org lain..B ke C ke D ke..sbb i tgu org yg i sayang...hahahaha gilerr budak2 kn jwpn i...hahaahahahahaha

sbnrnya, jwpn tu intan je ble jwb..heheheehe

azs cute said...

bg mse kat diri sendirik, mmg u xkn leh lupe org yg kite pnah syg.. tp amek +ve part, cz sume bnda ade hikmah. such as, bgusla break up awal2, kang klu lg jaoh korg together, lg ssh u nk lpskan dia.. (klu dah kawen, lg ssh.. lg melibatkan u guys pye big family,. klu cerai lg la nk naik turun mahkamah etc). kwn2 ckp "move on", tu mmg btol. cz we live 4 future. hope 'history' ni leh dewasakan u lg.. every experience counts, to make u to b a better person.. trust me, 1 day u'll be smiling or maybe laughing like hell bile u pk bnda ni balik. ok, cheer up!

Lovely Emy said...

moga intan happy semula =) kta pun xkisah inta kurus la.. :D

eykameow said...

alamakk.
err.

NO KOMEN :P

mRa amira said...

I will stick to the person i'm with. kalau si die datang balik pun, maybe i just anggap kwn cm bese je. sakit pedih luka lama tak ingin dibuka. kan susah kan.:)

cik lya said...

hihi..comel intan ngan abg k :) may god bless u ol

HonEyBuNNy said...

xbf ila pernah hadir...tp ila xpilih dia...ila pilih pilihan ila skrg even syg gila2 kt dia lagik...;-(

tkah said...

salam.
hye intan
hurm , apa yg penting mula kan hidup baru
yg lepas tu lepas la..klu u ada jodoh dgn Mr H , xkan kemana gak kn..
semua yang terjadi ada hikmahNya..
saya pernah alami nya , now dh jumpa org yg betul2 syg kan diri ini..hehe even dah jadi husband i..n InsyaAllah,next year nak ada baby dh..hehe tkah kenal ngan husband hanya setahun jer..then trus kawen..kawen muda =)

Semoga u bahagia selalu.

p/s : i pun suka lelaki yg ada janggut..mcm husband i =P

 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13