Sunday, January 2, 2011

.gila lah, sehari tak update belog!

.

Salam.

Hua hua hua. Macam tak caye jer kan I tak update belog. I bukan tak nak update belog tapi semalam I penat gila, sebab seharian kuar melepak, meronggeng dan menghabiskan duit dengan besties tercinta. Memang dah lama plan nak keluar berlima (Nabila, Zafirah, Laila, Noy, Intan), tapi tiba tiba last minute, seorang besties I (Noy) terpaksa cancel sebab dia kerja. Sadis nyaa.. Wuuu~~

Janji nak gerak pukul 8.30 pagi. Naik satu kereta jer, kereta Nabila. I pun poyo poyo jer bangun pagi pagi. Mandi mandi semua. Lepas tu, pukul 8 pagi, Super K call. Borak borak borak tak mau berhenti. Biasa lah, Super K memang suka dengar suara I yang merdu tu sampai dia tak nak letak telefon. Dem. I dah lambat. Pukul 8.30 dah nak gerak. I cakap lah dengan dia, "Abang, dah ehh. Kita nak siap-siap ni.. Dah lambat." Then dia cakap, "Sampai hati Intan tak nak cakap dengan Abang." Siut jer dengki I, tak mau kasik I letak telefon. Lama-lama, I buat loudspeaker. Dah macam orang gila dah cakap jerit jerit dalam bilik. Huhuhu.

Pukul 8.30 pagi tu, I text Nabila. I tanya ah, dah siap belum. Dia belum siap. Grrr. I dah siap lamaaaa dah kot. Huhuhu. Dalam pukul 9.30 pagi, baru Nabila dengan Laila sampai rumah I. Lepas ambil I, ambil Zafirah pulak. Dan bermula lah perjalanan ke Melaka Wonderland ^^,

Lama sangat tunggu.
Cair mekap I nokss! :-P

(Sila jangan zoom dengan siapa I sms :-P)

Buat muka buruk macamana pun, tetap nampak comel :P

Cantik kan kawasan ni.
Pokok dia macam ala-ala cerita korea kan kan?

HAHAHA
Korea waklu! :-P

Kitaorang decide nak pergi breakfast dulu sebab kalau tak makan, nanti lapar time nak main main air dekat Melaka Wonderland tu. So, kiteorang pergi lah kat McD. Sampai McD dalam pukul 10.50 pagi. Ada lagi 10 minit jer sebab breakfast sampai 11 pagi jer. I nak sangat makan Big Breakfast.

Akhirnya sempat jugak beli. Besties I tunggu 10 minit lepas tu. Sebab tak mau makan breakfast meal. Huhuhu. Lupa nak cakap. BF Nabila dari KL pun datang sekali, join kiteorang pergi Melaka Wonderland. Sanggup tu datang demi GF tercinta. Dia dah lama sampai Melaka dan tunggu kitaorang dekat McD. *thumbs up!* Kitaorang jer sengal. Datang lambat ;-P

First time ke sini.

Nabila, Zafirah, Intan, Laila.
(Noy, sila jangan nanges bila tengok gambar ni)

Dem! I nampak sangat gemuk dan pendek
dan besar bila pakai baju putih!

Tiket untuk dewasa cuma RM30 untuk seorang. Tapi bila masuk dalam tu, kalau nak guna pelampung, kena bayar lagi. Overall ok lah kot. I tak main apa-apa games pun sebab I kan penakut. I cuma mandi manda di kawasan cetek dan berombak. I tak nak ambil risiko mati katak atau mati terkejut atau mati terjerit tanpa henti. Maka nya, I cuma tengok kawan-kawan I bergumbira sambil cuci mata tengok aweks aweks hot dan sexy. HAHA.

Tapi ada jugak yang menyeksakan mata I. Antaranya, TERnampak dan TERsengaja melihat rambut yang lebat di bawah lengan beberapa orang lelaki. Arghh dem. Geli! Geli! Geli! Walaupun muka hensem, tapi REJECTED! *muntah*

Kitaorang tak bawak sebarang handphone camera, mahupun camera digital. Apatah lagi DSLR. Sebab semua barang berharga, simpan dalam locker. So, kenangan dalam theme park cuma dapat diabadikan dalam kepala otak kitaorang sahaja. Huhuhu. Habis mandi manda dalam pukul 3.30 petang. Perut dah lapar. Mari kita makan! Yeayyy!

Babai Melaka Wonderland.

Jangan harap I datang lagi.
(Ini kata kata seorang penakut)

Kalau korang yang suka kan adventure,
boleh lah datang.

Suka pula gambar ni.
Pandai Laila snap.

I love my besties~
Credit to BF Nabila sebab jadi photographer :-P

Tak tau bila dapat lepak lagi since semuanya dah bekerja. Hukhukhuk. Bila perut dah menyanyi pelbagai jenis lagu dengan suara yang sumbang, maka kitaorang pun pecut ke Jusco. Haus, lapar, rasa macam nak pengsan.

Kat eskalator pun gedik.
Haish.. =.=

Lepas di goda oleh waiter dekat See U restaurant, kitaorang pun makan steamboat dekat sini. Pada I, sedap sebab I memang tengah kebulur. Lagipun BF Nabila yang belanja. Kalau tau, I bungkus bawak balik ruma. Kuikuikui. Thanks Karim! Lain kali kalau kiteorang kuar melepak, kau ikut lah lagi k! Haha.

Lepas lidah berasa panas dan pedas dan melecur sebab makan steamboat, harus lah mensejukkan ia dengan cool blog! :-D Lepas makan, shopping beberapa helai baju dan aksesori dan kemudian, kitaorang pun pulang lah ke pangkal jalan. Sampai rumah dalam pukul 10 malam.

Sampai rumah, tak boleh terus tidur. Kena packing barang sebab petang ni (Ahad), I nak balik rumah sewa. Isnin kelas dah start. Ohh sangat tekanan. Konon masa hang out dengan besties tu, untuk release tension lah kot. Cewah. :-P

19 comments

mohdhairihassan said...

glad ur happy wif ur besties ;-)

sharamli said...

s0ri 0it...terzo0m pulak dah!

♥yaya budak suka embun♥ said...

patutlah sis tak update blog semalam.haha

wahhh..beznya beznyaaaa...

Nurul chumel said...

wow! jom hang out jugak!

εїз Cik Fasya εїз said...

sis,tmpt neh kt area mane?nk pg la...mcm best jek..

syafiQakarim said...

hahah sweet nye la dengan super k
tu.teringat..dulu2 pun selalu
loudspeaker .hee.eh,sis,best laaa.
nanti balik melaka kena pegi ni.! ;D

senydream said...

beshnyer!..murah erk byaran msuk ...:)

mera zati M.z said...

wahhh bestnya ! cam nak pergi je.. waaaaa *jeles* hihi

nanie said...

wah,bestnya peg melaka wonderland

emieysandra said...

wah..bestnyer pi wonderland..
emiey pn kt melaka ni, cuti dh hbis wooo..sob3

adrinaqamarina said...

sis <3 nanti bawak rina jalan situ jugak!

Myra Arshad (: said...

waaah. sakan sis. mcm best jer melaka wnderland tu. hehe. teringin ah nk pegi. jom jom :))

♥CIK SHA♥ said...

aritu sis turun Melaka tak pergi pun situ..nanti kite pergi eh intan??kui3..

cik aiLebiu said...

wah! selonoknya dapat gi theme park! XD

s.y.a.r.q said...

cantik nye bunge kat shawl u intan..mane beli??? comel (^_^)

fazrin2211 said...

anda begitu mantap skrg

eykameow said...

ohhh tak penah sampai sana lagi ouhh! Btw aritu eyka pun bru lepak ngn my girl. huhuhu. and 4 n 5hb ni nak lepak lg....tp..ngn da gojez! huuuu~ x sabar. Btw, ehem ehem. msg sape tu?

bungakuning . said...

teringin nak pergi Melaka wonderlands . kawan cakap memang adventure . huhu
jum sis intan . ktie pergi sama2 pulak . hihi

Saybee said...

psstttt ~ da zoom ponn x nmpak jugakk laa . haishhhh ==! HHA

ehh , a'ah laa . mcam dekatt KOREA ;)

 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13