Friday, April 8, 2011

.angah rindu chacha sangat sangat !

.

Salam.

Hari ini hari Jumaat. Penghulu segala hari. Dan setiap hari Jumaat, I tak de kelas langsung. Biasanya hari Khamis malam lagik, mesti I dah sampai rumah Muar. Tapi minggu ni tak dapat balik sebab I kena shooting video Arab. Nexweek kena submit dekat lecturer. Isnin pulak ada Test OSH. Kalau balik rumah Muar, confirm tak study punya. Aura dekat Muar tuh lain macam sikit. 

Tadi baring baring, godek godek handphone. Tengok video video lama. Then I tengok video masa Chacha konvokesyen Taska. She is a very smart girl. Baru 4 tahun, dah dapat Anugerah Kanak kanak Cemerlang. :)

Adik Angah mesti lah bijak macam Angah.
:)

Last I jumpa Chacha, last week. Mama datang Melaka dengan Abah & Chacha. Kami pergi makan Ikan Bakar. Dekat Umbai kalau tak silap. Chacha sibuk bercerita dekat I.

"Angah, 
berus gigi angah tertinggal dekat rumah Chacha eh?"

Padahal berus gigi I tuh memang I beli baru dan tinggal dekat rumah. Asyik asyik ulang ayat yang sama. Pasal berus gigi pun jadik isu. =.= Chacha dah pandai sebut warna dalam bahasa Inggeris. Masa pergi makan Ikan Bakar last week, Chacha cakap...

"Angah, kerusi tuh warna yellow kan?"
"Orang tuh pakai baju warna red!"

Budak budak zaman sekarang ni cerdik. Cepat tangkap apa yang di ajar. Kalau I ada dekat rumah Muar sekarang neh, mesti I tengah guling guling dekat sofa bed dengan Chacha. Tengok kartun sama-sama. Rindu nya nak tengok Handy Manny, Pocoyo, Pororo, Mickey Mouse Club House. Tuh semua antara kartun faveret Chacha yang mostly dialog dia I pun TERhafal. Ngeeee~~

Mama dengan Abah selalu cakap, Chacha ikut perangai I. Demanding. Mana nak pakai baju murah murah & buruk buruk. Tau melawa jer. Hihihi. Dah nama adik Angah, memang lah ikut perangai Angah. Banyak cakap pun macam Angah. Tapi kadang kadang konpius gak, Chacha ikut perangai Angah atau Angah yang ikut perangai Chacha? Hihihihi.

Angah rindu nak cium nenek. :'(

Ingat lagi ada satu hari tuh, I duduk rumah, baru habis diploma. I tak carik kerja, so I kena jaga nenek I yang sakit dan jaga Chacha sekali. Masa tuh, I pergi dapur, goreng ayam kalau tak silap. I tinggalkan dapur kejap je sebab masuk bilik nenek, nak jengah nenek. Bila I pergi dapur semula, api dah menjulang naik ke siling. I dah cuak gila takut rumah terbakar. Masa tuh I cuma bertiga dekat rumah. Mama, Abah kerja. Adik beradik yang lain pun takde, sekolah, kerja.. 

I cepat cepat jerit panggil Chacha....

"Chacha, cepat amek handphone angah atas katil! Angah nak tepon mama. Cepat! Ada api ni!"

Masa tuh memang I akui, kecuaian I. Sambil tunggu Chacha amek handphone, I try simbah simbah air untuk padamkan api. Masa tuh memang gelabah gila. Tangan I sampai luka luka, tak tau terlanggar apa. Dan masa tuh nenek I memang dah terbaring dekat katil, memang dah uzur sangat, nenek I sakit tua. Chacha pulak umur 2 tahun macam tuh. Dua tahun dah pandai. *terharu*

Kalau tak de Chacha, I tak tau per akan jadik. Masa kejadian tuh, I dah terbayang, macamana nak selamatkan Chacha. Macamana nak dukung nenek yang tengah sakit terbaring tuh. Sebab tuh sampai sekarang, I macam fobia nak masuk dapur. Bukan I malas masak, hihi tapi sebenarnya I lebih kepada takut. Kalau lah rumah I terbakar.... Nauzubillah....... 

Tapi alhamdulillah, mama sikit pun tak marah I. Mama cakap, tak pe lah asalkan semua selamat. Terus renovate dapur dan rumah lepas tuh. :)

Angah rindu Mama. :'(

Rindunyaaa pada adik beradik I.
Rindu nak karaoke sama sama. 

Rindu Mama & Abah.
:'(

I dengan Chacha memang hantu askem. Kiteorang memang suka mengabiskan duit Mama & Abah. Hihihi. Makan askem dekat Baskin Robin. Tu memang aktiviti mingguan time I cuti semester. Yang melayan kiteorang untuk ke Baskin Robin mesti lah adik lelaki I yang besar tuh. Dia lah yang drive untuk kami berdua. Tenkiu! HAHA. Gaji bulanan Yeop, sila transfer 10% dalam account Maybank Angah. Mekasihh. :)

:) 

RIndunya nak kongsi askem macam ni.

Haish...rindunyeeeeee dekat Chacha!

T___________T

Ok bai.
Nak sambung nanges.




Hati tisu betul I neh
=.=
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tapi I rasa macam nak balik Muar jugak sekarang ni.
*thinking*

7 comments

✿ CikCimi said...

balik bukit beruang je la.
:P

NURUL NAZIRA said...

orang muar eah ? me orang muar jugak :)

pt jawa mari . aha

btw nice entry :D

zuk zuhaiza said...

lama tak dengar citer chacha..balik je sis..huhu..walaupun sekejap..

Myra Arshad (: said...

hai angah. rindu saya jugak tak ? weee~ saya rinduuu angah niii. hihihi

SyahmiFikri said...

wah! comel betul chacha..
suka kalu budak2 suka cakapn also smart!

eykameow said...

sangat sweeeeeeeeeeeeet entry ni..sebak pun ada huk huk...
teibe nak cakap " rindu chacha jugak " huuu~

saharinasaharudin said...

alalaala,jgn lah ngis.
angah chacha kan tabah orgnye,plus comel plak tu :)

 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13