Thursday, May 26, 2011

.antara alasan lelaki untuk meninggalkan gelpren doang

.

Salam.

Walaupun I demam, seme seme dan batuk, I tetap nak update belog neh. Takkan nak terbaring je dekat katil macam kucen baru lepas besalin. Kan kan? :-D So kali neh, I nak merepek pasal alasan lelaki bila nak tinggalkan gelpren doang. ^^, Entry neh bukan nak kondem lelaki ye. Harap maklum. :-)


Focus on study
Ni alasan terbaik untuk boipren yang masih study. Kang kalau asek nak bekepit lapan puluh empat jam, ashane nak study. Kan? Kang kalau tak boleh focus study, tak dapat perform well dalam exam, masa depan pulak hancuss. Nanti nak kerja apa? Nak bagi anak dara orang makan apa? Pasir masak lemak cili api? Batu masak sweet sour? Tapi macam best je bunyiknye. Heeeee~

So, biasa nya lelaki akan cakap, Kalau ada jodoh tak kemana. Kalau kita ada jodoh, habes study nanti, I cari you semula. Itu pun kalau pompuan tu belum kawen dan belum ada anak lapan. Kalau tak, jadi lah bujang terlajak. :-P Eh tak tak. Banyak lagi pompuan laen dalam dunia neh. 

Tak de duit
Duit sangat penting okeyh dalam hubungan. $_$ Ting! Ting! Nampak tak I punya mata duitan dah keluar. Keh keh keh. Kalau kapel sama sama student, standard lah, boleh give and take. Kongsi duit sama sama. Hari ni you belanja I makan, esok I belanja you pulak ek! atau Hari ni you belanja I, nanti sem depan bila dapat loan PTPTN, I belanja you balik ek. Keh keh keh. 

Tapi kalau dapat GF yang dah berkerjaya haruslah lelaki tu rasa macam bela sugar mummy pulak. Ye lah, mana nak cekau duet nak banje GF. Takkan asek asek GF yang belanja macam macam, belikan hadiah mahal mahal walaupun GF tuh cakap, Don't worry abang. Sayang tak kisah. Sayang kan sayang abang. Ok fine. =.=' 

Mak dah ada calon
Ohh alasan ini I pernah dapat dulu =.= Tapi last last ex-BF I tuh kawen dengan orang laen jugak T__T Dem. Tapi tak pe. Yang lepas, biarkan lepas. Mungkin alasan ni tak logik dekat zaman moden neh tapi dah kalau mak dah carikkan calon, kena lah ikut jugak kan? Kang cakap derhaka kang. Tak pasal pasal jadi batu. Kan kan?

Nak kerja dulu dan tolong family
Alasan ini agak sweet. Bagus lelaki macam ni. Sejuk perut mak mengandung. Banyak tanggungjawap nak kena pikul. Lagi lagi kalau dia anak sulung dan ramai adik beradik kecik kecik yang masih sekolah. Time neh lah nak balas jasa mak ayah. Kalau lelaki ni memang jodoh korang, insyaAllah korang akan bersatu. Cewah! :-P

Berpura pura untuk hilang ingatan
Alasan ni paling tak boleh blah. Lagi lah kalau pakwe korang tu kenal kat tenet je lepas tu jumpa sekali dua lepas tuh bila pakwe korang tak boleh blah dengan korang, mula la buat perangai. Tak angkat fon, tak reply sms. Tau tau ada kawan pakwe korang atau sesapa yang claim sebagai sedara terdekat pakwe korang bagitau korang yang pakwe korang eksiden dan hilang ingatan.

Ok, sangat sadis. Tak gentleman langsung nak mintak clash dengan cara ni. Hilang ingatan sungguh baru tau! Hilang satu nikmat yang Tuhan beri. Kalau tak suka, cakap je tak suka walaupun korang rasa korang kejam. Jangan tipu tipu. Tak bagus ok. Tuhan marah.

Logik tak alasan neh?
Ape alasan bekas boipren korang pulak?
:)

18 comments

Piah Becok said...

hilang ingatan? oh. paling tak logik laaaa... jarang kut benda tu berlaku. baik cakap mak pakse kawen dengan orang lain.

terbaru--> SECEBIS DAGING DI MATA KAIL --> .download.

missxidi said...

intan blog ni agak berat la nak loading tapi xidi tunggu jgk sbb nak baca n3 ni =) n xidi dah folo intan (lagi skali senyum =)) yang reason 'nak keje dulu' tu memang alasan lelaki unt breakup ke? or nak soh gf dia tunggu?

dak eina said...

ex bf eina bg alasan kne tutt pastu kena kawen. pastu dpt thu, dia xkawen pon. oh bagusnya alasan tuh. hahaha!

Cik NurulZaty said...

dia bgi alasan
x nak tiou sy lagi.

Rara said...

ex i tak pernah bagi alasan, i je bagi alasan kat ex KAH KAH KAH boring betul T_____________T

spider_gurl86 said...

one of the reasons he left me

nak kerja dl n tlg family..

:(

♥CIK SHA♥ said...

roomate sis masa study dulu lagi best pakwe die bg alasan..dorg kenal dr ym..pastu kapel..tp tak pernah jumpa..smpai 1 masa tu laki tu tetibe mendiamkan diri..pastu ade somebody(pompuan) kol romate sis cakap yg laki tu dah mati sebab kanser..rumate sis tu meraung tak hengat dunia la..dah la tak pernah jumpa lagi walaupun dah 2 thn kapel..tp beberapa bulan lepas tu tetibe laki tu kontek balik..mati hidup semula ke?watdehel betul..(-_-")

Saybee said...

SUKA yang last sekali. macam comel jea kalau bf buat gitu kann? :) muahahahahahaha.

♥ Cik Cha said...

hahaha byk alasan laki ni syg..
my ex penah jgak ckp nak independent lah.. nk tolong family dulu lah.. nak cari harta dulu lah.. beli kete la.. kita tunggu die.. tgk2 kat fb da ade gf len.. apakahh?

alasan yg sgt tak munasarawak! muahaha.. * oke stop emo... blog org.. hehehehe

ikha said...

ex-boipren sy ckp..dia nak fokus study & ikut ckp parent yg dh xrestu hbgn kami..tup2x, 2 bulan lepas break, dia dh ada gf baru plak..huuuu~~ =.="

Nurul chumel said...

mcm ada kena mengena ngan I jek alasan yang nombor 2 tuh.

sharamli said...

tak l0gik.tak l0gik..ha3

✿ emaxoxo ✿ said...

alasan pertama tu my bf bg kat ema. dy ckp dy na cari ema balik nanti. hm hope dy cari ema balik. haha but ema tak harap pon. kat UiTM tu mesti ramai girls yg sesuai utk dia :')

Asma Ahmad said...

ex BF mntk break g2 ja. blah tnpa kata. kureng sggoh!!

amber tiffany said...

hey love your entry baby =)

my ex punya alasan kan , ' hunny we need to break up , I dun have feeling for you . actually I'm gay' . ahaa mmg dia ada kawan dengan kaum tersebut and bfr that dia tak pernah menipu so I sangatlah percaya . siap simpan impian nak bersatu kembali. after a few days I bukak myspace dia ( zaman myspace time tu ) dia letak pic pompuan dengan caption ,' Christine , IMY ILY' tarikh and masa couple ialah seminit sebelum dia mintak putus . =) senyum je lah

aLya maNip said...

hilang ingatan?? alasan tak pernah dngar n paling x logik..haha
sedihnya lau kene cmtu..

papepon, get well soon sys!!

Lysa Yaakob said...

sengal jer alasan last tuh. tapi tuh la yang terjadi kat saya. macam yang sis cite tuh, saya kenal ex bf saya dekat myspace jumpa pun tak pernah terus couple. dekat setahun terus senyap. sekarang tetiba call balik and then cakap kat saya macam nie.. " awak tau tak saya excident and tak ingat pape pun. yang saya ingat just awak jer tau " ..mengong punya alasan ko bagi kat aku. >_<

Anna Boleyn said...

klu alasan sebab kuat merajuk and tak pakai udung? hoho

 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13