Saturday, May 21, 2011

.dating secara berjemaah

.

Salam.

Hoyeahh! I baru balik dariiiiiiiii Square One, Batu Pahat. Berdating-dating-an secara berjemaah. Orang kata, kalau dating berdua, mesti ada yang ketiga.  Jadi untuk mengelakkan orang ketiga ada, baek bawak 3orang laen terus. =.= Orang yang dimaksudkan ialah...... Chacha, Ucu dan Super Anep. Baru lah rasa macam satu keluarga yang aman damai serta harmoni. Practice makes perfect. Kui kui kui.

I memang dah lama plan mau ajak Super K tengok muvee NurKasih dan Pirates of Caribbean tapi last last tengok satu cerita je (Pirates) sebab masa tak mengizinkan. Lagipun Super K eksen, tanak tengok Nurkasih. Elehhhhhhhhhh!

Dia janji nak gerak dari Melaka pukul 10 pagi. Tapi pukul 9 pagi, call sejuta lima pulah enam kali tapi tak berangkat. Ok. Sangat geram. Gggr! (marah)

Tapi tepat pukul 10 pagi, dia call I. Dia cakap dah on the way! Hoyeah! Hoyeahhh! Haruslah cepat cepat pergi mandi dan suruh Chacha mandi laju laju sebab Super K kalau bawak kereta serupa macam bawak Jet. Laju tak hagak hagak. Dalam pukul 11 lebih tuh, dia call cakap dah nak sampai.

Ni gambar sementara tunggu Super K sampai. "Chacha, tolong amek gambar angah." "Angah, tak goyang kan gambar neh? Pandai chacha amek." Ok fine. Sangat tak goyang gambar di atas. SANGAT SHARP! T____T

Botol susu harus lah ada :-P

Sebelum pergi, call Mama dulu. Sebab dekat rumah tak de sape sape. Sebab tuh angkut Chacha sekali. Abah kerja, Mama ade kursus. Adik pergi sekolah. Yeop pun ada mesyuarat cikgu cikgu dekat sekolah. Lepas tuh cakap dengan Mama, 

Angah: "Mamaaaaaa! Nak pinjam tudung." 
Mama : "Tudung yang mana?" 
Angah: "Yang warna pink tuh"
Mama : "Yang tu mama belum pakai lagi. Baru beli dekat Ariani. Mahal tu. Bla bla bla"
Angah:  "Hmm tak pe lahh. Ok la. Bye" (pasrah)

*klik*
Bunyi letak tepon.

Tak lama tuh, mama sms I.

Mama : "Pakai lah. Tapi jangan rosakkan."
Angah: "Tq datin! Heee. Tak rosak. Kalau rosak, angah suruh Ifan beli baru."
Mama : "Kalau beli baru pun tak sama macam Mama punya"
Angah: "Ok! Baek. Tak rosak."
Mama : "Nanti belikan Mama pop corn. Mama nak makan masa tengok konsert AF.
Angah: "Baek!" =.='

Muka gembira gila amek gambar dengan pakwe I. Iskk... T__T Chacha memang rapat dengan Super K. Tengok lah, rapat semacam. I pun takde gambar macam ni.  Nak gambar rapat rapat macam ni jangan harap lahhhhhhhh! T___T (Jeles hokeyh!)

Santek tak yang baju putih tuh? Ini I punya Maksu-to-be. I panggil dia ---  Ucu~~ Comel kan? Err tapi kenapa I nampak gemuk? Ke Ucu terlalu kurus? I rasa, Ucu yang kurus, bukan I yang gemuk :-P

Tengok Kungfu Panda dekat belakang tu. Tak banyak beza dengan I pun kan? Sama sama mata lebam dan sama sama bulat. T___T

Bukan maen lebarrrr lagik senyum Chacha!
^_____________________^

Mulut Chacha macam Angry Bird 
:-P

Manjeeee... Memula malu. 
Bila dah lama, melekat!

Ucu dan Super Anep.

Fuhh sanggup mereka semua datang semata mata nak tengok muvee dengan I. Tengok dekat Batu Pahat pulak tuh. Huuuu~ Next time datang lagik ek. Tapi datang ramai sikit. Bawak lah dulang dan apa apa yang patut. Keh keh keh. :-D

8 comments

aLya maNip said...

k.intan, makin bahagia makin berisi..hihi..tapi yg penting makin comei la bila berisi..cute..da cam chacha da.hihi

::cikjuju::◕‿◕ said...

mama sis tgk af smbil mkn popcorn??
heheh...swit jer..hehe..nak try jugak la..heh..

Mr feckry said...

bagus juga dating secara berjemaah

Anna Boleyn said...

eh hr tu kt g-talk bkn kate nk jmpe hr ahad ke.. amboi..tak menyabor yer wek!! cepat2 lah tunang kawin tak sabar nk dengar gud news neh! btw, td kol nk dpt kan link tulisan kat chatbox. da hilang td tergodek terdelete. hahahhaa. happy to see u happy. miss u. <3

ezzah said...

kalau bawak dulang tu kira nak meminang lah ea . hehe

Amanda Sasha said...

haha ada jgk term dating berjemaah rupanya LOL. =DD

cikpia said...

setuju ngan alya manip....

khairul akmal azman said...

dating berjemaag eh..
dating solo de x?
hehe

 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13