Friday, June 24, 2011

.ain si perempuan desperate #2 - email berbalas dari kak sue!

.

Salam.

Terima kasih atas feedback korang semua. Kak-Sue-Bukan-Nama-Sebenar sangat sangat lah terharu. Yang tak tahu cerita, klik SINI ek. Selepas 3 email yang di beri oleh Ain Desperado ini, Kak-Sue-Bukan-Nama-Sebenar tekad untuk membalas setelah berbincang dengan suami tersayang.... Ni email tersebut..... 

Waalaikummusalam.......

Saya menerima email ain. saya membaca dan cuba memahami.... tapi sampai sekarang saya tak faham. saya tak faham cm mana org mcm awk, yang nampak baik (nampak nyelah) tergamak meluah perasaan kat bekas kekasih yang dah jadi suami org... mcm perempaun yang x ada maruah pulak kan. mcm sgt terdesak.

Awk jadi kawin atau tidak itu urusan awk dan tak ada kena mengena dgn suami saya.... antara kamu berdua itu sejarah!!! saya dan dia..ITU HAKIKAT!!!! kami bahagia dgn apa yg kami ada hari ini.

saya tahu awk cuba menjaelmakan diri awak banyak kali dalam kehidupan saya...SANGAT BANYAK!!! dan awk berusaha keras untuk mendengar berita suami saya. kenapa??awk tak yakin yang kami sgt bahagia? itulah hakikatnya. Hati yang awk pernah hancurkan telah saya tampal, saya rawat lukanya, dan saya bahagiakan hati yang satu masa dulu mati kerana perangai awk..

Ain ... betul awk pilihan mertua saya, abah dan ma sgt syg awak, sebab kununnya awk baik, mulia, suci.... tak tercemar, muka pun nampak innocent jer, tapi hakikat bangkai dalam hati awk mereka tak tahu!!!! ppuan yang baik x kan terhegeh2 dgn lelaki yg dah lama menguburkan mereka jauh dlm lipatan sejarah..... Hakikatnya mak dan ayh mertua sy tak tahu awk masih menganggu kebahagiaan anak mereka!!!!....

Walaupun sy bukan pilihan mereka, dan mgkin mereka takkan syg dan terima saya seperti mereka syg dan terima awk.... hakikatnya...yang kongsi hidup dgn saya ialah suami sy, bukan keluarganya.

Suami sy ada menerima mail awk, tapi dia pun tak berminat nak balas, sebaliknya memberi saya membaca dan kemudian mengdeletnya nya......... itu x cukup ke menunjukkan pada awak, bahawa kehadiran awk tak diperlukan dalam hidup dia.....

awk kata hubungan awk dgn dia 3 tahun lebih...tapi dalam ms 3 tahun lebih itu berapa lama kamu berdua spend masa bersama?? berbanding saya dgn dia yang telah bersama selama 5 tahun, sebumbung...apa sahaja kami lakukan bersama, lagi byk kenangan kami cipta...lagi byk cinta kami yang berbunga.......

Apa yg membuatkan awk begitu yakin dia masih syg dan ingtkan awk? apa yg buat awk begitu yakin dia masih ada simpan ruang untuk awk? awk silap dan PERASAN sorg kalau beranggapan begitu.....

awk mintak saya duduk di tempat awk, tapi ada awk duduk ditempat saya sebagai seorg isteri dan suaminya masih di ganggu? awk ingt dgn cara awk buat ni boleh menyemarakkan lagi ingtan suami sy pada awk?? awk silap......... !!!! semakin awk dekat dgn kami, semakin kami bertaut rapat, semakin kami akrab, bukan saja sebagai suami isteri, malah kekasih juga sahabat, kerana kami berdua tak akn mengizinkan org mcm awk merosakkan cinta yang kami bina dgn penuh kepayahan...

Apa jer yg suami sy dah korbankan untuk awk, dan awk dah korbankan untuk dia??? berbanding kami telah berkorban terlalu byk benda berdua.... saya tidak mahu berkasar dgn awk ain....

saya menghormati awk sbgai org yag pernah mengenali suami saya, tapi cara awk yang cuba menggugatkan hubungan kami, takkan nak saya tengok dan diam....

Apa sebenarnya yang awk inginkan dr suami saya? apa ain?? apa lagi yang awk nak ? apa lagi yang awk tak puas hati?
Apa pendapat korang?
Rasa rasa Ain Desperado akan reply lagi tak?
=.='

31 comments

Belbel said...

pompuan cam ain tu mmg menjengkelkan. despreto giler. lempang laju2 jer. *geram sebab penah terjadi kat family*

D Yatie said...

beratnya dugaan buat kak-sue-bukan-nama-sebenar...semoga beliau tabah dan saya sebagai isteri memahami perasaan beliau...

ain? jelas sungguh dia merupakan seorang yang sangat terdesak dan budak-budak. lebih jelas, dia sangat mementingkan diri sendiri. mahu membahagiakan diri sendiri dengan menghancurkan kebahagiaan orang lain. betul kata kak-sue-bukan-nama-sebenar, apalah sangat dengan 3 tahun dia bersama dengan ex-boyfriend berbanding dengan 5 tahun bersama suami.

Alhamdulillah, suami kak-sue-bukan-nama-sebenar tidak memberi sebarang tindak balas serta jujur kepada isterinya. sesungguhnya begitulah suami yang didambai oleh setiap isteri. semoga kedua-duanya bersabar dan terus mengukuhkan lagi ikatan antara suami isteri.

kalaulah ain boleh membaca semua ini, nasihat buat ain:

sebagai seorang wanita, adalah wajib bagi kamu untuk menjaga maruah diri kamu sendiri. kamu seolah-olah merendah-rendahkan martabat kamu. apakah sebenarnya yang kamu mahu kan? tolak tambah darab campur, rasanya 5 tahun setelah 3 tahun bersama. bagaimana boleh dalam 5 tahun tiba-tiba kamu nak mencari dia 'seganas' ini hinggakan sanggup melukai hati seorang isteri. kaum sejenis kamu. adakah ada sesuatu yang berlaku diluar pengetahuan yang membuatkan kamu mencari bekas teman lelaki kamu. cuba letak diri kamu sebagai seorang isteri, tapi rasanya cukup sebagai seorang kekasih. apakah perasaan kamu sekiranya ada perempuan lain tiba-tiba memberi emel seperti kamu. seolah-olah mahukan bekas teman lelaki dia kembali? apakah kamu tidak tergugat?

kembali kepada cinta Allah. semoga kamu menemui cinta manusia yang sejati. doakan kebahagiaan bekas kekasih mu.

cheq sue dieyha said...

mesti dia akan reply email kak sue 2.perempuan mcm 2 x kn penah puas hati!

-✿Ayu✿- said...

berat dugaan kak sue... perangai ain...dan kelakuan die...sama mcm yg ayu kena...smpai skang... nasib ayu blom kawen lg... pompuan tu ganggu ayu n bf ayu... kdg2 mcm obses je dgn bf ayu tu... sama la mcm ain tu... buat kak su...kuatkan ssemangat... buat yg terbaik utk family kak su...

Aeen said...

ish..geram pulak dgn pompuan mcm 2....xsdar diri...sebok nk kacau rumah tangga org....pegi la caek laki lain...

mama ikhwan & Ikha said...

tak sabar nak tunggu email dari si ain tu..

chenthagila said...

terbaek! pompuan macam tu memang kena ajar. tapi rasenye kalau dia tak paham bahasa melayu, dia akn terus cuba ganggu hidup kak su.

cik nur said...

hurm tak tahu la nak kata perempuan mcm ain dia tak ada sbbla nak buat mcm tuh nur doakan hubungan kak sue dgn husband dia akan lebih kuat la eh :)

rohanazainal said...

pompuan despredo tantoo itu mesti akan reply email tu.... mesti punya.. sebab dia macam tuh kan.. hahaha :D rasa cam na pancung-pancung je si perempuan ain itu..... haish!

fara said...

yeay! way to go k.sue *do the happy dance* awak pon ad hak.. speak out loud girl!

hello Ain, sila la sedar diri and banyak la beristifar.. harap dea sedar n insaf.. amin ya rabbal alamin!

Nurul Atiqah Mutaza.iQa said...

semoga ain tu diberi petunjuk..

untuk kak su: die sangat tabah...

ok intan iqa menanges baca entry ni..gile sentap!!!!

aisya said...

tpkse cover nangis bace ni.. harap2 kak sue tabah menghadapi ape jua dugaan..

Mashitah Rahim said...

rasanya ain tu akan reply lagi. tunggu je la ape respon budak tu.

Mashitah Rahim said...

siyes, ain tu memang betul2 terdesak! geram gila bila baca e-mail2 dia. memang stock nak mintak kena simbah asid dak tu! tapi memang salute lah cara kak sue reply e-mail dia. memang points yang dia bagi semua terkena balik kat pompuan tuh. rasanya ain tu tak kan pernah puas untuk menganggu rumah tangga kak sue. dan mas rasa dia akan reply kot e-mail kak sue tu. tunggu je lah. kalau pompuan tu reply, sis tunjuk la kat sini. nak sangat tengok apa yang pompuan macam tu respon.

C!k LaYLa PiPi GeBu said...

syabasss dediii heyyy kak sue... jawapan yg menusuk kalbu..tepat pada masanyaa... harap dia dpt pengajaran...... =)

semakin diganggu..semakin rapat kak sueee....hehehe

Ainul Hayat said...

Mak aih...kes macam ni pon ade ke? Gile kentanglah Ain ni still nak kaco2 asben kak Sue...huhu

Faqihah Husni said...

Kak Intan, Adik harap, Kak Intan tabah. N to Kak SUE -bkn nama sebenar- Tabah ok. :')

Faqihah Husni said...

EH. Tersilap antar. Sori :D

Faqihah Husni said...

EH. Tersilap antar. Sori :D

~cik tiram~ said...

ish ish.huhu

QuiNn ZhOuRa said...

syabas kak sue!xD.. rasa macam tengok drama lak.. intan jgn lupa follow up cite kak sue ni lg k.hehe

dak eina said...

bagus suami k.sue-bukan-nama-sebenar tu jujur kat isteri dia. xmcm laki tu (tett... sis pon tahu eina maksudkn siapa) Hihi

cik bihah said...

geram je kalau ada pragai pmpuan mcm nie.. laki org ok lainlah pakwe nak kaco suka ht lah..

hidayah ruslan said...

konpem reply. desprate lar katakan. haha!

Ariff Irfan Zakhari said...

hahahaha.. burok gila perangai dier.. haha.. haa suruh la dier bersocial skit, pi jumpa kawan2 skolah lama kaa, pi lepak ngan office mate ke.. biar bukak skit mata dier tu cari laki lain..

cikpia said...

desperados will always be desperate.... dia MESTI balas.....

che ANIS™ said...

memalukan . suruh kakak tu tak payah reply la . senyap buat taktau je .

Amalina E Azmi said...

gile kot ain tu. x sbr tunggu ain desperado reply. haha.


nway, caiyok Kak-Sue-Bukan-Nama-Sebenar :D

Amalina E Azmi said...

gile kot ain tu. x sbr tunggu ain desperado reply. haha.


nway, caiyok Kak-Sue-Bukan-Nama-Sebenar :D

NoRMa aZurA iSMaiL said...

chaiyok kak sue...nie semua dugaan rumah tangga...

ee, geram tol ngan si ain tu..kito bakor jew...

teddytales said...

haish.. pernah rasa cam ni bile en.tunang kena kaco bekas adik angkt dye sampai anta surat kat kampung en.tunang ckp macam2 sakit hati tuhan jek tahu... miss ain GET A LIFE PLEASE!!!

 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13