Monday, June 13, 2011

.untill we meet again!

.

Salam.

Jumaat lepas, I sekeluarga pergi Penang! Yeayy! *jakun* Sebab ini adalah kali ke-dua I pergi Penang. Tahniah untuk diri sendiri. *clap clap clap* Kononnya nak bertolak dari rumah pukul 5 pagi. Tapi MESTI lah pukul 5 pagi kiteorang masih di buai mimpi. Last last bertolak pukul 7.30 pagi. Kira ok lettew. Masih boleh di kira PAGI. Ngeeeee~

Masa dalam kereta mesti lah suka nak snap gambar sendirik kan?
Keh keh keh.

Dan update status dekat FB adalah perkara WAJIB.
Heeeeeee~

Kiteorang sampai Penang dalam pukul 6 macamtuh. Sebab banyak sangat tempat persinggahan. Kalau boleh, setiap R&R mesti nak benti. Ok, tipu. Hek hek. 

Kalau lalu area Perak, mesti beli askem roti
dekat Hentian Sebelah-apetah-tak-ingat-nama. 
^.^

Kakak I duduk dekat Taman Jade View. Dekat area Bukit Gambier. Malam tuh, kiteorang lepak dekat rumah dia je. Borak borak, rehat rehat sebab seharian dalam kereta. Dinner pun dekat rumah jer.

The next day (Sabtu) kiteorang breakfast dekat rumah. Kakak I buat nasik goreng. Lepas tuh, dalam tengahari baru keluar. Memula pergi tempat kerja kakak I. Kakak I tuh Pegawai Penyelidik dekat Institut Perikanan Batu Maung. So, dia ajak lah kiteorang pergi sana. Sebenarnya nak pergi akuarium besar kat situ tapi tutup pulak sebab renovate. So, tengok ikan dekat luar jer la..

Set timer. 
Huhu.

Gambar dari cermin.
Macam comel pulak :-P

Dengan adik I.
Baru Form 5 neh!

Lepas tuh jalan jalan lagik, sopping sopping. 

Dah penat sopping, makan cendol lu. :)

Lepas tuh beli jeruk untuk orang orang yang kirim
:)

Dan lunch dekat Restoran Kayu.

Sangat sedap okeyh makan nasik kandar dekat sini!

Balik dari lunch, mata dah berat. Memang ingat bantal je lah. Tapi kakak I ajak mandi mandi dekat swimming pool kat apartment dia tuh. Ikut hati memang malas tapi dah semua orang pergi. Cuma Abah jer lah tak mau join. Sebab nantok. Huhu.

Haruslah Chacha yang paling eksaited.
Sekejap je dah dapat kawan.

Elok je posing.

Dem.
Doang simbah air dekat haku!
Gggrrr!

Lepas maghrib, kitaorang pergi Batu Feringgi. Jalan jalan, sopping sopping. Dapat lah I beli handbag comel satu. Tenks to abang ipar dengan Mama sebab tolong tawarkan harga. Kalau tak, mesti lah dia ketuk duit I sebab dari cara cakap, nampak sangat kami orang luar. Mesti kena tipu punya. 

Balik dari Batu Feringgi, kakak I ajak pergi makan Pasembor dekat Gurney. Pasembor dia memang terbaek. 2x order kot. =.= The best part is, mamak yang berniaga tuh, siap joget joget setiap kali dia potong potong bahan dalam pasembor tuh. Pandai dia tarik pelanggan. :)

Sedap!

Lepas makan, terus balik rumah. Rehat rehat sebab esok (Ahad) mahu pulang. So, tiba waktu untuk pulang ke pangkal jalan. Bangun pagi, breakfast dekat Restoran Kayu (lagi!). Semua orang makan murtabak lah, tosai lah, I jer makan Nasi Kandar. =.= Semua orang tak caya I makan banyak.

Lepas makan, Abah cakap nak balik Johor terus sebab nak sampai rumah awal. So, kiteorang decide nak naek feri ke Seberang. Yeayy! (jakun) Hihihi.

Muka teruja
:-P

Susah betul nak amek gambar dengan Chacha.
Dia tak gila camera macam kakak dia.
:-P

Me with kakak kesayangan, adik kesayangan,
dan abang ipar kesayangan.

Cak!

Sampai je Seberang, terus lah nak berpisah dari kakak I & husband dia. Sebab kiteorang gerak 2 kereta. Lepas salam salam, kiteorang pun mulakan perjalanan. Tapi tetiba dia call, ajak pergi Bukit Merah Lake Town Resort. =.= So, follow lah kereta dia. Hihii.

First time datang sini.

Badan letih, massage dulu. 
:-P

Mama dengan abah nak try Fish Therapy.

Memula I tanak, tapi adik lelaki I yang dua orang neh nak try. So I try lah jugak. Gila geliiii okeyh! Siap jerit jerit lagik time ikan tuh geget kaki I. Dem ah ikan neh.

Zzzzzz..
T_____T

Ikan banyak pergi kat kaki I.

Ok, dah boleh tahan sikit time neh. 
Huhuhu

Kiteorang tak masuk tempat main main air,  cuma main main dekat luar je. Sebab Mama cakap, kalau nak mandi mandi, leceh. Nak sampai Johor pukul berapa. =.=' Dalam pukul 4, kiteorang gerak balik. Dan selamat sampai Johor pukul 12 malam. :-) Tak puas jalan jalan sebab pergi 3 hari 2 malam je!

Tapi seronokkkkkk pergi Penang!
Nak pergi lagiiiiiiiiiii! 
:)

9 comments

cik Dil said...

sis, picto yg 1st tu, sweet gilerr..shantekkk^^

emieysandra said...

bestnyer dpt jln2 ng family~

dark r0se said...

sporting r mama! km slm mama~:)

mama ikhwan & Ikha said...

intan, nanti jgn lupa ajak akak.. waaaaaa bestnye....

CikRangers (CR) said...

eh..umah kakak intan tu dekat dgn umah CR la..hihihihi...

nyka said...

woahh bestnye kak intan dapat mai penang ;) anyway, sweet trip :D

cik nur said...

sis rambut lawa ler wewit :)

sharamli said...

kite p0n baru f0rm 5..nak ng0rat adek die b0leh?

ikan tu isap lemak kak intan k0t..
ha3

Kak Sal said...

best baca entry ke Penang nie...Penang memang best...

 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13