Monday, August 22, 2011

.segmen bersilat di dapur | biskut coklat chip sedap gile

.

Salam.

Seronok sangat sebab berjaya buat kukis coklat chip neh. Dah lah rangup, sedap, manis. Keh keh keh. Sejibik masa biskut famous amos. Kalau hari tu, kite buat, biskut tuh terlalu rapuh, tapi kali neh, sangat memuaskan! *Tangan di dada, mata keatas* Keh keh keh.

Untung lah bakal suami kite nanti, tak payah belikan kite biskut famous amos lagik. Dah jimat duet, boleh pergi honeymoon dekat Jepun hari hari. Huuuu~~

Bila siap je biskut neh, bukan ke balang kuih tapi ke mulut.
(-,-")

Sampai adik kite yang Yeop tuh cakap, Kau tengok lah Ngah. Esok mesti dah habes punya. Tak sempat tunggu raya. Huhuhuhu. 

Budak neh kejap kejap ngap.
Abes satu biskut, datang lagik, amek lagik, makan lagik.
Pastu ngadap TV, padahal esok sekolah!

Tapi apa-apa pun, thanks to Ct Dja sebab share resepi ni.
Ngeeeeee....

Yang best nye biskut neh, tak payah susah susah dok sukat sukat ikut gram. Ikut cawan je! Heee... jom belajar buat! 

Bahan-bahan.
1) 1 cawan  tepung gandum (diayak)
2) 3/4 sudu baking soda
3) 1/4 sudu garam
4) 1/2 cawan butter/marjerin (dicairkan)
5) 1/2 cawan gula perang
6) 1/3 cawn gula halus
7) 1/2 sudu esen vanila
8) 1/2 cawan coklat chip

Cara-cara
1) Campurkan tepung, baking soda dan garam ke dlm mangkuk.
2) Pukul marjerin, gula perang, gula halus dan esen vanila sampai sebati dalam mangkuk lain.
3) Masukkan campuran tepung+baking soda+garam tadi dalam mangkuk step kedua dan kacau sampai sebati.
4) Lepas tu, masukkan coklat chip dan kacau lagi.
5) Lepas tuh letak 1 sudu kecik adunan ke atas tray. Pastikan jarak antara satu biskut dengan yang lain lebih kurang 1.5-2 inci sebab nanti biskut tu kembang. Letak kecik kecik je tau. Kalau letak besar besar, kang makin besar biskut korang tuh.
6) Bakar dalam oven dlm 18-20 minit sampai warna coklat keemasan dalam suhu 150'C.
7) Lepas siap bakar, sejukkan dulu then boleh simpan dalam balang kedap udara.

*** Biskut ini agak manis so kalau nak kurangkan manis, korang guna hanya 1/4 atau 1/3 cwn gula perang. 

Resepi asal dekat SINI. So, esok pagi boleh sambung buat biskut neh lagik sebab tak perlu risau biskut neh sedap ke tak sedap sebab tadik dah test buat dan terbukti kesedapannyaaa! Hihihi. Esok nak buat lagik, nak try campur serbuk koko sikit. Mesti best! :-)

Selamat Mencuba!
(^______^)


Klik SINI untuk tengok Resepi Biskut yang lain
Ngeeeeeee.... :-P

20 comments

Meow Aizawa said...

owhhhh sedapppp

♥misz nana♥ said...

nak sikit ;p

Nurakmaliya said...

wah..boleh la liya try..

Nurakmaliya said...

wah..boleh la liya try...

mama ikhwan & Ikha said...

heheh adik akak pun baru siapkan biskut cip amos pamos tu.. si ikha n ikhwan siap wat larik lagi bekas kuih tu.. hehehehhee

Adziim said...

pesen sukat2 cawan ni kdg2 buat aku tertanya2...cawan besar mana yg org tu pakai.

-atiQah- said...

nakk jugakkk...hehe..nnti nk try jgk..utk raya! :)

Ct DJa said...

OMG. mayu ya kita. huhu. btw, best kan sis? tp manis sikit. kalau nak jd mcm famous amos punya, dea punya surface tu sis jgn ratakan. nnti sikit2 ala2 famous amos la muka dea. hikhik. n.. tahniah! anda berjaya menjadi suri rumah. ekekeke. boleh dah bukak cawangan famous amos dkat muar. kita dtg beli hari2. :)

Nurulchumel said...

baru lepas mkn biskut famous amos.
sedap gila. dtg umah u, I nak makan kukis neh byk2!!

@juera said...

klu kite ada oven msti dh cba bt..:) pndai sis intan buat biskut..leh bkk kdai la pasnie..hehe

Golden Rose said...

nampak sedap je..nak cuba gak la..

http://thegoldenrosereturn.blogspot.com/

gadis bunga said...

rajen gile buat kuihhhh .org mls gile . beli jeh sekrang :)

cikcimi said...

letak badak ke, hazel ke, pastu tekan dengan garpu. :D

tiefazatie said...

comel gle cookies nie!

♥tiehanurfatiha♥◕ ‿‿ ◕♥ said...

kalu nk guna choc takpe kan sis..?

♥Cik Nurfarah♥ said...

mengurut perut si chacha kerana kesedapan memakan biskut itu :)

cikcimi said...

urgh nak buat esok!
tensen tadi tak jadik. T__T

♥ cik_farah ♥ said...

kak intan,butter yang cair tu nak nak cairkan macam mane eh? lembutkan atau memang kene masuk dalam oven atau dlm kuali?

nak buat nie.. :)

intanurulfateha said...

@♥ cik_farah ♥

butter tu pukul.. cairkan dlm mangkuk la.. bukan dlm oven oii! T__T

♥ cik_farah ♥ said...

haha.. ok2 kak intan.. maceh tau.. ngeee

 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13