Friday, November 11, 2011

.cikgu tadika chacha yang terlampau

.

Salam.

Ok sumpah kite hangin gila pork dekat cikgu tadika chacha yang super bengap, bangang dan sebagainya. Nak tau sebab apa kite bengang? Jom baca entry neh sampai habes. Entri ni banyak emo. Kompem! Huhuhu..

Kan semalam kite cakap hari ni ada Majlis Penyampaian Hadiah untuk Chacha kan? Ok fine. Majlis tuh di-cancel kan tanpa apa-apa notis. Fakyu! Gggrr!

Beberapa hari lepas, Chacha balik rumah dari tadika, dia bawak 2 helai surat. Satu pasal Majlis Konvokesyen dan satu lagik Majlis Penyampaian Hadiah.

Memula kiteorang macam konfius, kena pergi dedua ke? Kenapa ada 2 surat yang berlainan. So, kite suruh lah Mama call cikgu tadika dia dan cikgu Chacha cakap, Chacha tak terlibat untuk Majlis Konvokesyen sebab Chacha baru 5 tahun. Majlis konvo tu untuk budak 6 tahun. Tapi untuk majlis hari Jumaat (hari ni), semua terlibat termasuk Chacha.

Dua ayat last dalam surat neh terpotong. Bagi kanak kanak 5 tahun tidak terlibat, mereka akan bercuti pada hari tersebut. Ayat BM kau pun tunggang langgar. !@#$%^&*!

So, untuk program semalam, Chacha memang tak terlibat. So, dia ikut lah kite & Mama & Abah pergi hospital sebab Mama kan ada medical check up. Tapi masa on the way nak pergi Hospital tuh, lalu depan tempat konvokesyen tuh. Ada banyak kereta. Lepas tuh Chacha cakap...

Chacha : Angah, banyaknya kereta. Tengok ni..
Angah : Hari ni Chacha tak payah pergi. Esok baru Majlis Chacha.

Tapi mata dia asek tengok je kearah tempat tuh.. 
(T_______T)

Dan ini surat kedua.
Nampak tak Hari, Tarikh dan Waktu tuh?

Dah lah AKHIR jadi AHIR. Kanak-kanak jadi ikanak-kanak. Len kali surat rasmi macamni, semak lah bebetul, bukan bebudak tadika yang baca. Tapi MAK BAPAK/PENJAGA yang baca! Kau ingat makbapak penjaga segala neh tak pergi sekolah ker???! #$@#$%^&*

Pepagi lagi kite dah bangun, siap siap sebab kena gerak awal. Abah ada mesyuarat. Even majlis tuh start pukul 8.30 pagi tapi kiteorang sampai tempat tuh dalam pukul 7.30 pagi. Tempat tu lengang, tak de sebijik kereta pun. Cuma ada moto satu. Maybe tuh moto pengawal. Abah dah bising ah time tu sebab dia dah lambat nak pergi meeting. Dalam hati kite cakap, Maybe sebab datang awal, tu sebab takde orang sampai lagik.

Takde satu makhluk pun kat situ. Sunyi sepi. Pastu Abah tekan hon, kuar soang mamat Indon. Maybe orang yang kerja construction kat tempat tuh. Then dia cakap, Majlis semua dah habes semalam. Buat sekali arung. Pastu kite cakap dengan Abah, Semalam konvo, hari ni penyampaian hadiah. Dapat 2 surat la. Mesti Indon neh tak tau.. Pastu Abah suruh kite stay situ. MESTILAH KITE TAK NAK! Gile ke nak stay dengan mamat Indon tuh. Eiiiii........... !@#$%^&*

Pastu kite suruh Abah hantar kite dengan Chacha balik rumah semula. Masa dalam kereta, mesti lah Abah membebel-bebel. Abah call Mama, suruh Mama call cikgu tuh. Tapi Mama cakap, cikgu tuh tak angkat telefon. Fak! Mesti lah kau tengah tidur senang lenang dekat rumah kan? BANGANG!

Masa dalam kereta tuh, Chacha dah diam jer. Kesian dia. Dah lah semalam macam tak berapa jadik nak pergi penyampaian hadiah dia. Tetiba hari ni memang tak de majlis tuh. Lepas tuh Mama call cikgu dari tadika lain tapi dia kawan Mama. Cikgu tuh cakap, Majlis Penyampaian Hadiah yang hari Jumaat tuh dia buat sekali arung masa Hari Khamis. Dem.

Terus kite cakap dengan Chacha, Chacha, apesal cikgu Chacha tuh bodoh sangat eh? Bodoh gile. Bodoh bodoh bodoh! Chacha diam jer time tuh. Biasa nya kalau kite cakap bodoh, Chacha akan marah. Nanti dia cakap, Angah, tak baek lah cakap bodoh. Zzzzz. (-.-") Dan bila Chacha tak marah, so memang kompem lah cikgu dia neh bodoh. Kau lebih layak masuk tadika tuh sebagai anak murid, bukan cikgu!

So, kesimpulannya, Cikgu Tadika Chacha memang bangang. Len kali, kalau ada perubahan apape, bagitau lah awal awal. Ni tak. Kau tak tengok muka adik aku camne tadi. Kecewa, sedih. Semua ada. Kau ingat budak kecik tatau apape ke? Memang puas lah aku maki kau hari ni. 

Cikgu Yang Terlampau.

1 word, FAKYU!

37 comments

kusyi said...

memang lembab betul cikgu tadika tu. klau kusyi pergi serang terus. haha.. sabar2 kq intan.. kem slm kat chacha comel. :)

Eyqa Hasnan said...

agak bangang yer cikgu macam tu ! kesian chacha . mesti dia terasa giler sebab tak dapat hadir .

Qu azniza ;) said...

adooiiii... cm2 la .
sabaq kak intan...

memg salah dorg pon. apa la buat kerja x betol2

::dEyb:: said...

adoiii..ade jugak eh cikgu macam gampit nih...bagi surat beriya-iya..last2 xjadi..macam gampit betol lah...huuuuuuuu ter emo plak :)

ezzyra said...

teruknya...mmg hangin gak la klo dok tmpat sis..ksian chacha,msti dia kecewa gk kan xleh ambik hdiah..

~azillakhalison~ said...

menyirapnyeee

ninie_azriena said...

melampau ah cikgu tu..
lain kali kalau nak buat serentak, gtau lah..
kesian kat chacha dah smgt nak konvo..
serius melampau !!!!

miss princess said...

sian nye chacha..cikgu tadika memang macam tu..ingat budak2 tadika sekarang macam dye tadika dulu2 kot..budak sekarang dah bijak2 la..demm la cikgu tu..

miss princess said...

kesian kat chacha :(
cikgu sekolah tadika memang macam tu..dye ingat budak2 sekarang macam dye zaman dulu2 kot..tak tau pape..budak2 sekarang dah bijak la..demm la cikgu tu!

trahlicious said...

mmg sekrg cikgu2 tadika ni tak berkualiti. padahal budak2 umur seawal tadika ni la paling cepat serap ilmu... :( habislah

Ainul Hayat said...

kalau saya pon menyirap sirap intan....kesian wooo bebudak dah eksaited.

intanurlemsha said...

abah dah serang lum cikgu tuh, bodo gile..kalo aku tak balik penang lagi, aku g serang cikgu tuh dgn abg apiz. bodoh2kan adik aku yg kecit tuh..dah la mama tgh takleh jalan..aku rase cam nak jek g rumah cikgu tuh sekarang. camne kemas leh amek cikgu yg tak bertauliah, surat pun takde signature, cikgu ape camtuh. pass SPM ke tak? soha bah marah cikgu tuh, konpem pasnih dier takkan perlekeh adik kite lagik, aku mmg sentap abeh bace entry ko

aRa ❤ aFiq™ said...

teruk btol cikgu 2.. lau ta smpt wt surat sal perubahan kol pown xpa.. sabar ja la kak intan.. cean chacha kecewa..

ainasuhana said...

kesian nye.. budak2 kecik jadi mangsa. teruk lahhh!

ctmz said...

sabar sis.. cg tu pn bangang gak.. ksian budak2 yg eksaited nk pg.. huhu~ budak2 lagi pandai buat surat drpd cg tuh...! haha~ sy plak yg grm nih.. fuhh..

http://the-red-heart.blogspot.com/

cik nur said...

cikgu chacha yang terlampau sengal
kesian chacha mesti dia rasa seidh kan

farahroslan said...

ala. kesian gila chacha.
kak intan, pergi serang cikgu tu.
ish. teruk betul !

cik Nemo said...

confirm chacha frust gila hoi!

enfalya enterprise said...

ada gak cikgu bangang mcm tu skrg ni....nampak sgt cikgu tu bermasalah.... mgkn dia jadik cikgu pakai org tengah... bkn melalui kelayakan... buat keje mcm melepaskan batuk ditangga....

Nursyahira izzati Ngadimon said...

eeeii , giler pe cg dea ? tue mude ? haihhhh . sengal je an ! ksian chacha .

em , sabaa yer kak :)

enfalya enterprise said...

intan...sila masuk website ni dan buat aduan pasal cikgu tu......
http://www.kemas.gov.my/fms

cikpia said...

mesti chacha sedih terlampau.....

Syahirah said...

kesiannya chacha :'( ada budak teringat sampai besar

[ Zeyda Anne Haris ] said...

kesian kat chacha :(

syafiqakarim said...

kesian chacha.
mesti sedih gila babi.ish,cikgu dia bi pon.

Edy Fee said...

sian budak tu..mesti kecewa..takpe..bawak dia g enjoy2...ubati kecewa tu

AyshaNur said...

Kalau kita pon memang dah pergi rumah cikgu tu maki terus T,T KESIAN CHACHAAAAAA :(

Direktori Internet Malaysia said...

cikgu oh cikgu....

ecadwinkyasha said...

asal cikgu tu lembab!..
cikgu-cikgu yg lain xkkn sama lembab camtu gak.memalukan kamu2 cikgu betul!....cepat a buat report,baru padan muka dia.bagi pengajaran sikit!

nuruashia ♥ said...

bapak ahhh..cekgu ke cenggitu? hmmmm..kalo ade perubahan inform laa awl2 kan..ni x..mat indon tu agy cerdik dr cekgu..opsss...terleebh sudaa..sian chacha knn..huhuhu

uncle shaq said...

UNCLE Is back .. haahaha .. apsal marah sgt ni? kite sebagai orang yang konon2 nye lebih dewasa dari adik2 kite patut mengajar dia erti sabar... huhuhuhu

cikcimi said...

naseb kite buat surat betul.
=.="
law tak mesty dapat fakyu jugak.

niena"ryonie said...

cikgu tadika tu kene pergi sekolah balik la. ape pun tak boleh.

Mira Marcello said...

please lah cikgu neh, buat malu orang KEMAS je. adoiii, mak ayah kite orang KEMAS, malu gilaaa oi dapat cikgu macam nie bawah diorang T___T

deatH_luVer said...

intan..
nape maki teruk sangat..
tak baik....


uwaaaaaa..tak suke la intan maki teruk sangattttt..

takmo..cikgu tuu..jangan cakap cikgu bangang bodoh semua...mungkin dia pon terlepas pandang..manusia kan tak lepas dari buat kesilapan....


tak baek la intan maki-maki camni...



serius tak suka intan maki bodoh bangang fakyu semua neh...

-✿Ayu✿- said...

huhuhu...kesian cahcha...dh la die kemain lg semangat nk g... huhuhu...
x ptt btol tadika tu...

arezura said...

mmg bangang ar cikgu mcm tu kn..kesian chacha..sbb bdk2 nie mmg exsited bab2 cm nie..sbb kiter ade anak buah umur 6 tahun..mmg die exsited bab2 nie..

 

About Me

My Photo
intanurulfateha
Muar, Johor, Malaysia
Eh, dah ada dua orang baby girl! ;) | Berdaftar dengan SSM, Double I Excellent Enterprise : JR0046896-W | For any inquiries, whatsapp 012-7186471
View my complete profile

#our journey

Friends since 2008
Getting Close since Nov 2010

Daisypath Anniversary tickers

Love is not a matter of counting the years, it is about making the years!

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah.. :')

Daisypath Anniversary tickers

Jantung, Hati, Limpa, Paru

Wanita di jadikan atas nama cinta.
Kalau cari, mesti jumpa.

Dan kamu,
Mohammad Noor Irfan;
Terima kasih kerana mencari saya semula!

Hep ! ! !
Curik hati kite ekk!

Tapi tak per..
Kite suke~

(^__^)

#irfanintanJR

#irfanintanJR
Aleesya Eryna

Kesayangan 31-3-13

Kesayangan 31-3-13